header

Alkisah di Bulan Puasa...aku x puasa...

Memandangkan sekarang adalah bulan puasa..aku nak ceritalah satu alkisah yang berlaku ngan aku suatu masa dulu pada bulan puasa..aku x pasti bulan puasa tahun bila..x ingat!!

Alkisahnya begini...

Pada waktu yang indah itu..KeNGOK -NGEKKAN pun berlaku..Aku kuar dating ngn my boyfriend..puas berjalan2..kita 2 nak cari tempat singgahlah tuk hilangkan dahaga..Masa tue dh kira petanglah skit..around jam 3.00 pm mcm tue..Aku tertariklah dengan satu kedai..cantik pada pandangan mataku..

Aku ajaklah si dia tu masuk..Nak minum sini gak!!Bila saja aku dh berkata begitu..Si dia pun x mampu nak kata apa padahal si dia dh awal2 lagi sedar..bagus sangat kan,,jadi penurut ja..Kita orang pun masuklah dengan muka paling slumber(akulah..)

"Kak,pesan...." si dia says
tupppp....aku terpana sesaat...
Bru tersedar...
Bnda dh jadi xkan dpat tarik balik kan??layan ja lh...
Sedar Apa?
Aku baru sedar tempat kita orang nak minum tue kedai melayu..
Pandang kiri kanan..memang nobodylah..
Barulah aku tettt2 ngan si dia..

"Kenapa x cakap awal kedai islam??haishhh..."aku says
"Xkanlah x sedar kedai islam,punyalah besar tulis kat depan kedai..huhhh"..si dia says
Sumpah!!!aku x perasan lansung....tuelah akibatnya bila dh bercinta x ingat dunia
Dahla aku dan dia "kakar melayu sarawak"
Ahaaa...mesti orang ingat kami x puasa..uwaaa...
Memalukan betol!!!

[[..Dari situlah...sikap berjaga2 semasa di bulan orang puasa aku terapkan..x nak main terjah2 lagi..]]]



Ikatan Pertunangan Khairul Fahmi Che Mat rentak???



KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.


“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.


“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya.


Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.




“Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” dakwanya.


Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka bertunang lagi.
“Saya tidak henti-henti berdoa supaya Allah berikan petunjuk bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kami. Tak sangka, tak lama selepas itu ada seorang wanita datang berjumpa saya dan mengaku ada hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi,” katanya.

Menjawab satu soalan, Elia mengaku ada mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial facebook mengenai tindakan Khairul Fahmi menengking ibunya (Elia).

“Mungkin tindakan itu salah saya, tapi selepas itu saya mendiamkan diri dan tidak keluarkan sebarang kenyataan lagi sebab ingin memberi masa kepadanya memulihkan keadaan. Tidak sangka pula dia sudah buat keputusan dan menghebahkan di akhbar tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya,” katanya.

Elia berkata, tindakan Khairul Fahmi memutuskan pertunangan memang dikesalinya kerana dia sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini.

Sementara itu, ibu Elia yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku dia bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk sebelum perkahwinan anaknya berlangsung. “Namun, mak cik minta dia (Khairul Fahmi) selesaikan semua ini dengan cara baik. Jika dulu dia meminang anak mak cik dengan cara baik, seeloknya mahu putus pun biarlah dengan cara baik, bukan cara sebegini,” katanya.


p/s: dapatkan senaskah HMetro utk membaca selanjutnya tentang pengakuan ibu KFCM tentang isu ini.

credit sumberhttp://www.hmetro.com.my/articles/2011080100314320110801003143/Article

Duniaku...Kerjaku...

Wah title..bukan main kan??sbnrnya bkn da papa yang happening pun..ahaa..namun demikian entri kali nie agak tuttt sikitlah...almaklumlh mood separa sedih sedang menguasai...entri nie adalah mngenai my work skarang...mengenai jawatan yang sedang saya sandang sekarang..part tyme job jewlah...apa nak kecoh kan??nak gak..duli apa aku...x terasa waktu berlalu..tinggal sebulan lagi aku disini..n then get out..kena buang???bukanlah..dh tiba msanyalh tue..huhuuu...nak balik UPSI lagi..nak berjuang kat pdanglh lagi..uhhh...(x suka..)

Bercerita mengenai kerja..aku diambil bekerja sebagai kerani..kira macam tuelah tpi sebenarnya tugas aku xlah berat mana pun sebenarnya..banyak waktu aku santai dari bekerja..aku buat jew apa orang suruh..tpi nak mntak orang suruh tue kdang2 susah gak..x taw nak buat apa..aku on9..duduk jew..sekurang2nya ada pengalaman kat situ kan??

Bercerita mengenai mereka yan bekerja bersamaku..so far so good..everyone ok.baru sebulan kerja xkan nak kata diaorang baik sesangat kan??kita pun x taw lagi hati budi orang nie cam mna..apapun diaorang team work yang mantap..sangat bekerja keras n intellegent!!

~~Pengalaman yang sangat indah disini~~

Rasa berat hati pulak nak balik Tanjung Malim lagi..sedih pun ada..almaklumlah kepergianku berseorangan..kalaulah mak,aba(my father),ambu(my grandma),apek(my grandpa) ikut jugak..orang-orang yang aku sayang ikut..kan best..huuhh!!mengeluh lagi...nasib badanlh menjadi perantau tegar....

Yang baik itu akan ku jadikan pedomaan..
Yang buruk akan ku jadikan pengajaran..

[[Sedikit cebisan kandid yang bisa dijadikan kenangan berzaman ]]




Nielah suasana dalam ofis aku..mana tmpat duduk aku???xda tmpat khususlah..aku bo duduk mna2 ja..jnji xda org..


twueng..twueng..yang bawah nie pulak nak tunjuk 1/4 dari aksi boring,santai,n ala2 lady boss aku masa xda org kat ofis..ngeng kan??x kesah..layannnn...






Tangkap gambar sendiri..klau suruh orang xkan ada pos2 mcam nie..

Hari Konvokesyenku....Part 3


Yuhuuuu...hari bersejarah telah tiba...hari yang ditnggu sejak setahun lamanya...(bukan sehari 2..lama tu..)

Seperti hari raptai..segalanya dipraktikkan pada hari ini...
Pertama : Bangun awal..lbih awal dari biasa
Kedua : Make Up sendiri n Mak jugak..(perlukan lebih kurang sejam..)
Ketiga : Turun seawal yang boleh..almaklumlh ari nie SET pkai Teksi..x nak pdat2 dgan si Driver..
Keempat : Sampai awal..(xlah terburu)

Sesampainya di stadium...akulah antara wira - wirawati terawal sampai..



Kandid sebelum, semasa dan selepas Majlis....smile!

















Kepada kawan2 yang berkenan..upload sendiri k...mwuaahhxx