header

Perkahwinan Norman Hakim Dan Memey Suhaiza

Wowwww...wowww..wooowwww....
Itulah yang mampu mulut daku katakan..
12 juta friendsss..dua belas juta...bukan 12 sen...
Sampai kerepottt aku jadi cikgu pun tak mungkin dapat save 12 juta..

[ dengan perasaan cuak +syok+ sedikit jeles + sedikit kurang suka+ perasaan yang sesepupu dengannya .. aku create jugak entri tentang perkahwinan wowww nie]




 



Tahniah buat Norman Hakim dan isteri barunya, Memey Suhaiza yang telah selamat bergelar suami isteri yang sah pada hari sabtu yang lepas setelah dinikahkan hanya dengan sekali lafaz sahaja di rumah pengantin perempuan di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor… Majlis pernikahan mereka yang dihadiri lebih 1000 orang tetamu itu diraikan dengan begitu meriah sekali..
Pada majlis pernikahan tersebut, Memey Suhaiza menerima RM22.50 duit mas kahwin dan RM24,000. sebagai wang hantaran beserta 5 dulang hantaran yang terdiri daripada sistem pengesanan global (GPS), rantai, cincin berlian, kek buah berbentuk beg tangan Gucci, sirih junjung dan al-Quran.
Manakala Norman Hakim pula menerima tujuh dulang hantaran iaitu iPad 2, cincin, coklat, buah-buahan, sirih junjung, kek lapis Sarawak dan al-Quran…
Pada hari Ahad pula, Majlis persandingan bagi meraikan kedua-dua pengantin baru itu diadakan di rumah pengantin perempuan yang berkonsepkan perkahwinan dalam taman..
Pada hari rabu (28 sept) ini pula majlis resepsi Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang terbesarkan akan diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur.. Majlis resepsi yang bernilai hampir RM12 juta itu akan ditaja sepenuhnya oleh Rafflesia…




Tips Kontrol Marah!!

Korang pernah tengok cermin tak while korang tengah marah???tengah api kemarahan korang tue membara bak lampu nion..Pernah tak tengok betapa teruknya rupa korang waktu tue..Hilang teruslah semua keayuan serta kejelitaan di wajah manis korang tue kan..




vs


Teruknya kan???kan bagus lau senyum selalu..comel jew kan??


Disini saya ingin berkongsi sedikit petua untuk meredakan kemarahan korang tue...Think abaout it and confirm senyuman korang berputik after marah..selamat mencuba..jangan marah2 lagi erk..

1. Perlu sedar sebenarnya “Tak cun pun bila marah”
Ada tak sesiapa yang bertambah jelita dan rupawan ketika marah? Maklumlah, kalau dah marah tu...kulit hitam berukar merah, mata sepet boleh jadi bulat (belum termasuk warnanya yang juga jadi merah menyala...tak ubah macam Maya Karin dalam Pontianak Harum Sundal Malam), hidung gelap pun nampak cerah, pipi suram tiba-tiba sahaja bertukar merah jambu. Cantik kan?

Setiap kali marah, ingatlah bahawa kita memang tak cun bila marah sebegitu. Kalau kulit gelap gelita macam akupun boleh nampak kesan perubahan warnanya, campur pula dengan biji mata yang tajam, bulat dan bersinar-sinar renung orang macam nak telan (errrr...bayangkan je kalau Mr. Bean yang marah hu hu hu), hidung jadi pink kat atas puncak tu sejemput sahaja, kening pula bergerak-gerak dah jadi macam kening Ziana Zain...adakah wajah kita yang serba kekurangan itu akan terlihat rupawan dan jelita?

Setiap kali marah, setiap kali nak jerkah orang, setiap kali nak naik angin...ataupun dah ternaik angin sikit, cuba-cubalah bawa bertenang dan ingati bahawa “memang tak cun pun bila marah”. Bila dah ingat begitu, cubalah langkah seterusnya ini...

2. Kemudian tarik nafas
Dah sedarkan “tak cun kalau marah”?. Tarik nafas panjang-panjang. Penuhkan oksigen dalam ruang dada dan kosongkan fikiran seketika. Sekurang-kurangnya tiga saat. Oksigen yang mengalir ke sel-sel dalam otak dengan kapasiti yang cukup akan buatkan anda lebih rasional. Jadinya, tak mustahil anda kemudiannya mampu untuk tersenyum ketika ini walaupun wap marah tu masih lagi bersisa. Orang yang tak berapa nak baran dah boleh atasi marah pada tahap ini. Namun, kalau jenis baran tu melampau-lampau...anda masih lagi perlukan langkah seterusnya.


3. Tahan nafas seketika di dada sebelum lepaskannya
Dah tarik nafas panjang-panjang kan? Ok, sekarang tahan seketika nafas kat dada. Beberapa saat pun dah ok tetapi kalau boleh buat lebih lama, lagi baik. Janganlah pula tahan sampai anda pula habis nafas. Kang tak pasal-pasal kena telefon ambulan pulak. Tahan takat 10 -15 detik (ikut kemampuan) pun dah cukup.
Tarik nafas, tahan seketika dan hembus nafas ini dilakukan secara berulang-ulang hingga anda dapat rasakan panas hati, marah, geram atau panas dada tu dah habis. Paling kurang dah semakin berkurang berbanding sebelumnya.

4. Ubah cara duduk
Andai saat itu anda sedang berdiri, bila dah sedar sedang marah, maka duduklah. Kalau tengah bercekak pinggang, luruskan tangan anda. Kalau tengah duduk, baringlah kalau rasa sesuai. Namun, kalau dikhalayak ramai, tak payahlah baring pula ya. Kang tak pepasal datang cop mohor baru pulak....opsssss! apa lagi kalau bukan terbakar fius hu hu hu


5. Beredar dari tempat itu dan buat sesuatu yang boleh kurangkan marah seperti makan aiskrim. Jangan shoping pula ya, karang papa kedana nanti. Makan tu pula, janganlah sampai ikut perasaan. Habis sebaldi aiskrim telan...itu bukan makan namanya. Itu dah sampai tahap mentekedarah!
Nak makan pun kena pilih juga. pilihlah benda-benda yang sejuk macam aiskrim. Macam ABC ke, cheese kek ke, coklat ke, atau yang manis macam bubur, macam pengat ke, ...ohhhh yumy! Jangan pula pilih makanan yang berjenis panas dan pedas. Karang makin bertambah meningkat pula suhu badan.


Makan sampai kenyang sudahlah ya...berhenti bila dah sendawa dua kali. Jangan terlalu ikutkan hasutan iblis, makan sampai tersadai tak boleh bangun. Itu bukan ubat, itu dah tambah penyakit. Kalaupun nak lepaskan gerampun, berpada-padalah.
6. Mandi
Andai hati masih lagi belum sejuk lagi...campur juga dengan bazir air mata secupak dua bila menangis tu, pergilah mandi. Mandilah lama-lama sikit. Habiskan air sekolah dua. Sambil mandi tu bolehlah sental bilik air sampai kilat. Maklumlah masa tu tengah geram, jadi bila sental tu...sehabis upaya tenaga kita guna. Dah sental bilik air, sambung pula dengan basuh baju dua tiga baldi. manual punya!


Aku pernah sental bilik air jam 2 pagi dan basuh baju entah berapa besen hanya sebab tersangat kecewa, marah dan sakit hati dengan komputer yang telah TELAN semua kerja aku selama setahun. Banyak woooooo fail-fail yang hilang tu, dah lah nak kena hantar cepat, semuanya habis dan lenyap begitu sahaja. Pada masa itu aku merempat kat rumah kakak. Abang ipar hanya komen “Baguslah! Marah selalu pun tak apa”
Cissss! Murka betul beta bila tahu hal itu. Huihhhh ada ka patut. Tau la masa tu kami tak mampu nak beli mesin basuh, usahlah dera daku sebegitu sekali. Macam bawang putih lak aku kena dera hu hu hu

7. Tidur
Baring dengan tenang dan tutup mata perlahan. Cubalah untuk tidur walaupun akhirnya hanya memaksa diri sahaja. Kalau berjaya tidur, bila bangun nanti...fikiran akan lebih tenang. Lebih segar. Agaknya bantal dah serap hawa panas marah kat dalam dada tu kot hu hu hu



Bab tidur ni, amat jarang-jarang untuk aku paksakan diri kerana kebiasaannya aku memang tak cukup tidur. Asal jumpa bantal sahaja, terus hilang dan ghaib ke alam baQa...alahai!

8. Elakkan daripada jumpa punca kemarahan itu sehingga fikiran waras semula.
Selagi belum bersedia untuk bersemuka dengan punca kemarahan itu, usahlah cuba untuk bertembung. Sedapatnya, cubalah elakkan. Orang kata, undur bukan bermakna kalah...hanya susun strategi. Mmmmmm macam nak pergi perang pulak!
Namun, bila aku dah benar-benar bersedia, raksasa pun sanggup didepani hu hu hu apalah sangat takat ular sawa si anakonda. Namun, pada saat itu, sudah semestinya kepala dan fikiran kita dah waras. Dah boleh dikawal. Kita tidak lagi akan dikuasai emosi dan syaitan.


Walau pun dah pratikkan kelapan-lapan tips tadi korang stil marah gak...maknanya korang memang panas baran punya oranglah..Last tips korang bli ais banyak..masukkan dalam tap mandi rumah korang and then korang terjun terus dalam tap mandi korang tue..and sampai korang rasa hampir beku barulah keluar..pasti kepanasan dalaman  dan luaran korang tue akan hilang serta merta tak pun masuk jew dalam peti sejuk..lagi bagus..
eheekkk...selamat mencuba..jangan marah2..