header

Al-Hijab&Pierre Andre the besttt!!!!!

First tyme aku tengok poster filem Al-Hijab terus aku berkenan nak tengok filem tue..Memang mata masih bijak menilai..seperti yang dibayangi..Al-Hijab memang supepppp!!!!


Tayangan Pertama kalinya ditayangkan di Auditorium UPSI..x keluar panggung lagi der..caya tak??Tak caya kan..siyesss...x keluar panggung lagi..Akulah antara mahasiswa-mahasiswi UPSi yang bertuah dapat tengok awal filem tue..
Memang bergegarlah Auditorium selama 1 jam lebih itu dengan pekikan serta jeritan student yang datang!!
Filem Al-Hijab akan ditayangkan di pawagam pada 6 oktober 2011..
So aku sarankan korang bawak family full satu lori pun tak rugi..memang best..Tapi jangan lupa bawa tuala ,buku kew atau sesaudara dengannya kalau korang jenis yang penakut..tutuplah muka yaw!!

Menakutkan sangat tak jugak cita nie cuma unsur kejutan pada kewujudan hantu-hantu tue yang buat darah memang high pressurelah!!jantung tak yah katalah..memang lup-dup sekencang-kencangnyalah..

Aku memang tak duduk jenuhlah..dengan kedua2 kaki di atas kerusi..tangan menekup telinga..bayangkan situasi yang begitu memenatkan..perasaan seram itu tetap juga menguasai...Sumpah babak selama 1 jam lebih itu memang superbb terkezutttt!!!!

Dengan kedatangan pelakon-pelakonnya lagi..aku relakan hati andai tertinggal bas balik kolej sekalipun  asalkan bisa bertemu si jejaka impian..Pierre Andre..

Aku bersama jejakaku...
P still tak puas hati ngan 1 gmbr jew..member dh bawak balik..Takut tertinggal bas katanya..
Aku bukannya tak takut..cuma rasa teruja jumpa si jejakaku inilah yang membantutkan segalanya..

 Al-Hijab the best!!!!
janganlah lupa tengok yew kawan2ku sekalian..rugiiiii taw

 Member aku yang nampak berani tapi dalam diam kecut jugakk!!eheekk...


 Pierre Andre : Kalau saya tak jadi pelakon, mungkin saya dah jadi cikgu sejarah,di UPSIlah..
[Baguslah x jadi ckgu kan,,nanti ramai pulak budak2 yang angau dalam kelas]

 Nielah pelakon Nur Fathia yang comel lotel tue..memang comellah sangat!!macam barbie doll..Tapi tak berkesempatan nak ambik gambar ngan dia..Sibuk melayan student yang mintak signature dia..uhuu!!


 Pierre Andree...Terbaekkkk punya!!!


Roomate aku tak puas hati lagi..Nak meyemak sekali lagi!!yezzaaaa....


SINOPSIS FILEM AL-HIJAB
Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama  untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.
Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.
Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya.  Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?


~~Sekian~~
Jangan lupa serbu pawagam 6 oktober ini ya!!

AT43 berphotoshoot!!

Hari nie sesi bergambar kenang-kenangan ngan coursemate aku..Sebelum berlansungnya sesi bergambar rasmi tue,,dengan keadaan menunggu yang agak memerlukan masa,,maka terciptalah sesi photoshoot yang gila-gila ngan member2 aku yang memang sama kepala nie..

Jum layan mana shoot yang aku rasa OK..
[kalau nak diupload semua memang peninglah bnyak sangat]
Diaorang nie memang kaki berposing..
Aku tak..eheek!!

My coursemate yang hansome dan comel2 belaka..

Sudut yang sangat kreatif..Thanks Camera man!!

My roomate n me..Miss Santa

The geng of gila-gila fansclub 


tengok tue..alaaa...trend lama..cubalah dongak ke bawah ke..tutup muka kew brulah x jarang orang buat kan..


From the left side : Arab,Ora,Yan,me,Ijat,Sara,Santa and Amid


Pose ala2 model remaja gitu...raya dah lepas kak oiii


Peaceee!!!No gaduh-gaduh..


Dimana kan ku cari ganti... 


 Serupa dengan mu...


Senyum..tak perlu kata apa-apa..

Gila-gila!!!

Pagi tadi gi perpustakaan dengan niat nak pulangkan buku yang dipinjam 2 minggu lepas..Kena denda pulak 10sen sebab hantar lambat sehari..So memandangkan sudah berada di lokasi kejadian,tengok lagi siswa-siswi duk berduyun2 menghampiri gerai buku pameran kat situ..saya pun dengan senang hati join sekali..tambah-tambah adanya member yang memang gila shopping..apa lagi...saaazzzz....

Saya bli komik jew..teringat masa zaman sekolah dulu suka bca komik gila2,,so kebetulan gak tadi tengok da jual majalah gila2 dengan harga yang tersangatlah murah..sebijik =RM1.00...So saya rembatlah 5 bijik bersamaan dengan RM5.00...Kira murahla tue jika dibanding ngan harga asal yang 5 inggit kan..

Lepas tue,,memang aku terus beleklah sementara tunggu member cari buku lain..memang x rugi jugaklah beli..confirm x stress punya bila baca..Memang akan tergolek2lah atas katil..Aku dalam bas pun tersengeh2 baca..Trylah...

Jum tengok sebahagian lawak2 dalam buku tue yang mmg gila2 belaka...






....Just to make u smile...
~~Selamat berjenaka~~

Perkahwinan Norman Hakim Dan Memey Suhaiza

Wowwww...wowww..wooowwww....
Itulah yang mampu mulut daku katakan..
12 juta friendsss..dua belas juta...bukan 12 sen...
Sampai kerepottt aku jadi cikgu pun tak mungkin dapat save 12 juta..

[ dengan perasaan cuak +syok+ sedikit jeles + sedikit kurang suka+ perasaan yang sesepupu dengannya .. aku create jugak entri tentang perkahwinan wowww nie]




 



Tahniah buat Norman Hakim dan isteri barunya, Memey Suhaiza yang telah selamat bergelar suami isteri yang sah pada hari sabtu yang lepas setelah dinikahkan hanya dengan sekali lafaz sahaja di rumah pengantin perempuan di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor… Majlis pernikahan mereka yang dihadiri lebih 1000 orang tetamu itu diraikan dengan begitu meriah sekali..
Pada majlis pernikahan tersebut, Memey Suhaiza menerima RM22.50 duit mas kahwin dan RM24,000. sebagai wang hantaran beserta 5 dulang hantaran yang terdiri daripada sistem pengesanan global (GPS), rantai, cincin berlian, kek buah berbentuk beg tangan Gucci, sirih junjung dan al-Quran.
Manakala Norman Hakim pula menerima tujuh dulang hantaran iaitu iPad 2, cincin, coklat, buah-buahan, sirih junjung, kek lapis Sarawak dan al-Quran…
Pada hari Ahad pula, Majlis persandingan bagi meraikan kedua-dua pengantin baru itu diadakan di rumah pengantin perempuan yang berkonsepkan perkahwinan dalam taman..
Pada hari rabu (28 sept) ini pula majlis resepsi Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang terbesarkan akan diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur.. Majlis resepsi yang bernilai hampir RM12 juta itu akan ditaja sepenuhnya oleh Rafflesia…




Tips Kontrol Marah!!

Korang pernah tengok cermin tak while korang tengah marah???tengah api kemarahan korang tue membara bak lampu nion..Pernah tak tengok betapa teruknya rupa korang waktu tue..Hilang teruslah semua keayuan serta kejelitaan di wajah manis korang tue kan..




vs


Teruknya kan???kan bagus lau senyum selalu..comel jew kan??


Disini saya ingin berkongsi sedikit petua untuk meredakan kemarahan korang tue...Think abaout it and confirm senyuman korang berputik after marah..selamat mencuba..jangan marah2 lagi erk..

1. Perlu sedar sebenarnya “Tak cun pun bila marah”
Ada tak sesiapa yang bertambah jelita dan rupawan ketika marah? Maklumlah, kalau dah marah tu...kulit hitam berukar merah, mata sepet boleh jadi bulat (belum termasuk warnanya yang juga jadi merah menyala...tak ubah macam Maya Karin dalam Pontianak Harum Sundal Malam), hidung gelap pun nampak cerah, pipi suram tiba-tiba sahaja bertukar merah jambu. Cantik kan?

Setiap kali marah, ingatlah bahawa kita memang tak cun bila marah sebegitu. Kalau kulit gelap gelita macam akupun boleh nampak kesan perubahan warnanya, campur pula dengan biji mata yang tajam, bulat dan bersinar-sinar renung orang macam nak telan (errrr...bayangkan je kalau Mr. Bean yang marah hu hu hu), hidung jadi pink kat atas puncak tu sejemput sahaja, kening pula bergerak-gerak dah jadi macam kening Ziana Zain...adakah wajah kita yang serba kekurangan itu akan terlihat rupawan dan jelita?

Setiap kali marah, setiap kali nak jerkah orang, setiap kali nak naik angin...ataupun dah ternaik angin sikit, cuba-cubalah bawa bertenang dan ingati bahawa “memang tak cun pun bila marah”. Bila dah ingat begitu, cubalah langkah seterusnya ini...

2. Kemudian tarik nafas
Dah sedarkan “tak cun kalau marah”?. Tarik nafas panjang-panjang. Penuhkan oksigen dalam ruang dada dan kosongkan fikiran seketika. Sekurang-kurangnya tiga saat. Oksigen yang mengalir ke sel-sel dalam otak dengan kapasiti yang cukup akan buatkan anda lebih rasional. Jadinya, tak mustahil anda kemudiannya mampu untuk tersenyum ketika ini walaupun wap marah tu masih lagi bersisa. Orang yang tak berapa nak baran dah boleh atasi marah pada tahap ini. Namun, kalau jenis baran tu melampau-lampau...anda masih lagi perlukan langkah seterusnya.


3. Tahan nafas seketika di dada sebelum lepaskannya
Dah tarik nafas panjang-panjang kan? Ok, sekarang tahan seketika nafas kat dada. Beberapa saat pun dah ok tetapi kalau boleh buat lebih lama, lagi baik. Janganlah pula tahan sampai anda pula habis nafas. Kang tak pasal-pasal kena telefon ambulan pulak. Tahan takat 10 -15 detik (ikut kemampuan) pun dah cukup.
Tarik nafas, tahan seketika dan hembus nafas ini dilakukan secara berulang-ulang hingga anda dapat rasakan panas hati, marah, geram atau panas dada tu dah habis. Paling kurang dah semakin berkurang berbanding sebelumnya.

4. Ubah cara duduk
Andai saat itu anda sedang berdiri, bila dah sedar sedang marah, maka duduklah. Kalau tengah bercekak pinggang, luruskan tangan anda. Kalau tengah duduk, baringlah kalau rasa sesuai. Namun, kalau dikhalayak ramai, tak payahlah baring pula ya. Kang tak pepasal datang cop mohor baru pulak....opsssss! apa lagi kalau bukan terbakar fius hu hu hu


5. Beredar dari tempat itu dan buat sesuatu yang boleh kurangkan marah seperti makan aiskrim. Jangan shoping pula ya, karang papa kedana nanti. Makan tu pula, janganlah sampai ikut perasaan. Habis sebaldi aiskrim telan...itu bukan makan namanya. Itu dah sampai tahap mentekedarah!
Nak makan pun kena pilih juga. pilihlah benda-benda yang sejuk macam aiskrim. Macam ABC ke, cheese kek ke, coklat ke, atau yang manis macam bubur, macam pengat ke, ...ohhhh yumy! Jangan pula pilih makanan yang berjenis panas dan pedas. Karang makin bertambah meningkat pula suhu badan.


Makan sampai kenyang sudahlah ya...berhenti bila dah sendawa dua kali. Jangan terlalu ikutkan hasutan iblis, makan sampai tersadai tak boleh bangun. Itu bukan ubat, itu dah tambah penyakit. Kalaupun nak lepaskan gerampun, berpada-padalah.
6. Mandi
Andai hati masih lagi belum sejuk lagi...campur juga dengan bazir air mata secupak dua bila menangis tu, pergilah mandi. Mandilah lama-lama sikit. Habiskan air sekolah dua. Sambil mandi tu bolehlah sental bilik air sampai kilat. Maklumlah masa tu tengah geram, jadi bila sental tu...sehabis upaya tenaga kita guna. Dah sental bilik air, sambung pula dengan basuh baju dua tiga baldi. manual punya!


Aku pernah sental bilik air jam 2 pagi dan basuh baju entah berapa besen hanya sebab tersangat kecewa, marah dan sakit hati dengan komputer yang telah TELAN semua kerja aku selama setahun. Banyak woooooo fail-fail yang hilang tu, dah lah nak kena hantar cepat, semuanya habis dan lenyap begitu sahaja. Pada masa itu aku merempat kat rumah kakak. Abang ipar hanya komen “Baguslah! Marah selalu pun tak apa”
Cissss! Murka betul beta bila tahu hal itu. Huihhhh ada ka patut. Tau la masa tu kami tak mampu nak beli mesin basuh, usahlah dera daku sebegitu sekali. Macam bawang putih lak aku kena dera hu hu hu

7. Tidur
Baring dengan tenang dan tutup mata perlahan. Cubalah untuk tidur walaupun akhirnya hanya memaksa diri sahaja. Kalau berjaya tidur, bila bangun nanti...fikiran akan lebih tenang. Lebih segar. Agaknya bantal dah serap hawa panas marah kat dalam dada tu kot hu hu hu



Bab tidur ni, amat jarang-jarang untuk aku paksakan diri kerana kebiasaannya aku memang tak cukup tidur. Asal jumpa bantal sahaja, terus hilang dan ghaib ke alam baQa...alahai!

8. Elakkan daripada jumpa punca kemarahan itu sehingga fikiran waras semula.
Selagi belum bersedia untuk bersemuka dengan punca kemarahan itu, usahlah cuba untuk bertembung. Sedapatnya, cubalah elakkan. Orang kata, undur bukan bermakna kalah...hanya susun strategi. Mmmmmm macam nak pergi perang pulak!
Namun, bila aku dah benar-benar bersedia, raksasa pun sanggup didepani hu hu hu apalah sangat takat ular sawa si anakonda. Namun, pada saat itu, sudah semestinya kepala dan fikiran kita dah waras. Dah boleh dikawal. Kita tidak lagi akan dikuasai emosi dan syaitan.


Walau pun dah pratikkan kelapan-lapan tips tadi korang stil marah gak...maknanya korang memang panas baran punya oranglah..Last tips korang bli ais banyak..masukkan dalam tap mandi rumah korang and then korang terjun terus dalam tap mandi korang tue..and sampai korang rasa hampir beku barulah keluar..pasti kepanasan dalaman  dan luaran korang tue akan hilang serta merta tak pun masuk jew dalam peti sejuk..lagi bagus..
eheekkk...selamat mencuba..jangan marah2..




Syukur...Mohon Doa sahabat semua...




Semua orang ingin berjaya dalam hidup kan..ann..ann...angguk2
Pernah tak korang semua terjerumus@terjunam@whateverlah ke dalam jurang@apa2 sajalah kan yang korang memang tak inginkan???Pernah tak???

Saya suka ayat kat atas nie..I will never close my book till i get what i want!

Mungkin saya boleh dikatakan dalam situasi ini sekarang tapi saya still tak sampai terjunam lagi..hampir2lah..eheeekkk...

Tapi saya bersyukur sekarang SEBAB ;

1. Saya mendapat lampu hijau(Lampu hijau yew not merah maknanya boleh jalanlah kan??aann...annn) untuk berhijrah ke dunia baru yang mana mungkin lebih baik untuk masa depan saya sendiri..Kata orang untuk dapat peluang tue punyalah susah kan..Syukur sekali lagi saya dapat peluang..dan dengan peluang itu of coz saya tidak sama sekali akan sia-siakan..

2. Saya ada beberapa orang yang sangat menyokong kuat keinginan saya ini..Terima kasih u ols..Moga doa anda untuk saya menjadi realiti yang indah buat saya..

3. Dan..saya juga sangat bersyukur dengan adanya individu tertentu yang tidak menyokong keinginan saya ini..Mungkin mereka ada SEBAB mereka sendiri kan??saya tidak lansung marah bahkan semangat untuk meneruskan impian saya ini semakin berkobar2..Bak kata pepatah menyeluk pekasam biarlah sampai ke lengan kan tapi saya tak..saya seluk sampai saya dapat SEGALA apa yang saya hajati..eheekk..

DENGAN ITU(ECEHCECEHHH...)
SAYA MOHON DOA ANDA PARA SAHABAT-SAHABAT SAYA YANG MENYAYANGI SAYA AGAR SAYA DAPAT APA YANG SAYA IMPIKAN..
TIDAK PERLU DITANYA APA,KENAPA,@MENGAPA??
ANDAI IMPIAN SAYA TERCAPAI TIDAK PERLUKAN PERSOALAN,SAYA YANG AKAN WAR2KAN..
DOA IKHLAS ANDA TUNJANG KEJAYAAN SAYA..
TERIMA KASIH..



Entri kali nie tak ada kaitan dengan sesiapa pun cuma luahan perasaan seorang penaip sebuah typewritter yang usang..
tataaaa...love u ols!


Budak Baju Kuning berphotoshoot...

Andai buah,,dah berulat dah kat blog saya nie....nilai 'kemalasan' tue tersangatlah menebal dalam diri..akibatnya bukan cuma blog yang terabai..boyfren pun terabai..kueng3..
Entah mengapa nilai kegedikan tue menguasai diri minggu ini..macam budak baru sem 1 kan..berphotoshoot bagai apalah...
Dah masuk minggu kedua semEster baru nie tapi lecturer still entah kemana menghilang..macam chipsmore..kejap ada keja tak da...So dengan masa yang terluang tue kita orang (saya ngan member2) manfaatkanlah dengan aktiviti yang separuh berfaedah nie..berposing..

Lokasi : Taman Fakulti Seni &sekitar Library UPSI
Waktu : 12-1 pm..(19/9/2011)








 Bola yang comel nie lebih besar dari kita orang..


oH mak datukkk...anak dara sapalah kan...kawan saya ni pun layan jugak aku suh buat cam tue ehee



 kwueng2..hanya setinggi pasu itu..




 Hadapan Perpustakkan...Siap tertonggeng2 gi camera women tngkap gambar..


cam ner??ok tak posing 1/2 maut kita orang..
lepas kepenatan berposing,kita orang lepak pun kat perpustakaan..bukan nak baca buku..buka facebook..bukan saya..bukan saya..kawan2 saya..eheekk

Cukuplah tuk entri kali nie..serba ringkas..kang panjang2 tak terupload pulak oleh wifi si ulat gonggok nie..
taaataaaa...lain hari saya akan rajin2lah menaip lagi tue pun kalau ada yang sudi baca kan..

The beginning....

Tanjung Malim sudah..uhuuu...betapa lamanya aku x update blog...dah berselirat dah sesawang..nasiblah tikus-tikus tak mari lagi..psttt...pstt..
Kepenatan melanda!!
Tapi 1 yang bestnya penempatan kolej kali nie dapat duduk ngan member sendiri..coursemate aku lagi tue..Thank u so much lah KHAR yew..lain kali buatlah gitu lagi..tapi yang tak bestnya punyalah banyak aras dalam kolej aku nie..aras tertinggi sekali jugak dia bagi kitaorang..mentang2lah kitaorang budak sukan..
Tapi reti gak penat kak oiiii...nasib baik ada lif..janji wifi laju..uhuu..

Seharian kemas bilik..Dari bilik 1/2 cik tikus..berubah menjadi kamar beradu miss purple yang cukup indah..
yang penting semua nak purple oraitttttt....

3.9. bla..bla..blaaaa....Seklias pandang di ruang tamu rumahku...

This my room..opsss...alas kaki pink pulak dah..kata smua purple kan..nie roomate aku yang beli..

Jum skodeng lagiiii....jenggg...jeng..jeng...

Purple mariiiii!!!

Semangat nie nak study..awal2 dah tampal jadual...azam budak baik!!

Esok first kuliah....Pembelajaran Kawalan Motor..entah apa2lah kan subjek tue..Ta pelik bebenor bunyinya..
layan jewlah esok..hope lecturer yang lecture tue ok lah..
Ada kelas gimnastik lagi ..uhuuu...petangnya pulak kelas renang...uhuu...

That ols...Thanks 4 reading dear...
datang lagi yew...