header

Design Leher Baju Kurungku...

Mornink guys....
Selamat hari Khamis..

Beberapa hari lagi nak raya kan buat kwan2 yang beragama islam..
Baju Raya dah siap blom??
Dah erkk..bgus2
erk..ada yang belum lagi erk??
x pa2..Pernah x terpikir korang buat baju kurung korang sendiri??Pernah x?
Tak reti erk..senang ja lah kawan2...cara buat dia simple ja..
Korang boleh tengok SINI

Senang ja kan..

Saya dah jahit 5 baju kurung saya sendiri..Baju kurung yang biasa2 ja lah..tapi beberapa minggu lepas saya terpikir nak design sendiri leher baju kurung saya. x nak nmpak mcam biasa2 orang pakai tue..

Jeng..jengggg...jenggg...


Sibuk mendesign..rsa mcam arkiteklah pulak..

Hasilnya...


Cantik tak??
Oklah kan...

Setelah dipotong pulak...


Amacam??suka x??saya 1000 kali suka..terbarulah konon..orang lain 90-an lagi dh buat gni..ahaaa
Jahit punya jahit..terpikir pulak nak kasi dia lawa sikit..nak blink2 gitu..nak minta perhatian betul minah nie..maka dengan itu ditambahnya manik2..


Cantik tak korang??? cantikkan??saya suka...betul2 suka..








.....Hari Ini Dalam Sejarah.....


Hye Teman sekalian...
How are u ols??
Mudah2an sihat selalu k..
sungguh lama x update post kan...
Post nie special buat teman2 maya sekalian...
Setelah beberapa minggu mengaktifkan akaun blog daku nie...
Akhirnya...
Berjaya mencapai angka 100...

Apa yang 100 tue???

Teman Maya Dakulah...


Payahnya kan..
orang lain dah berpuluh2 ribu x kecoh kan??
ehee..nak gak..
da daku kesah..
x kesah..x kesah...

anywhere...
Thanks teman2
Love u ols!!!
mwuaaaxxhhh

1..2..3...Tukar...

Jika sebelum nie


Tab Menu kita macam di atas..

Nampak macam kiut sangat kan???

Minggu nie nak buat mood romantik sikit..

jeng..jengg...jennnggg


Inilah hasilnya..

seperti yang ada sekarang


Amacam???

Cantik tak??

Yang penting Purple tetap main colour...


Keputusan Final Badminton Piala Dunia-Datuk Lee Chong Wei Tewas





Kejohanan Badminton Piala Dunia 2011 berakhir semalam ye kawan2..
Taw kan???
Ada tengok kan??
Live di astro arena 801
Dengan itu terbatal niat daku untuk mandi awal semalam....Makan pun tidak keruan
ahaaa...itu pun nak bgitaw jugak kew??...(abaikan yang tidak berkenan)

Datuk Lee Chong Wei ternayata tewas lagi di tangan Lin Dan....
Ternyata harapan Datuk Lee Chong Wei untuk meraih tuah dengan angka 6 tidak menjadi kenyataan..Jelas sekali beliau kecewa dengan kekalahan tersebut.
Namun demikian usaha Datuk Lee Chong Wei untuk memenangi game tersebut tidak harus kita perlekehkan..Beliau telah sedaya upaya untuk menewaskan jaguh terpantas dari china itu..
Datuk Lee Chong Wei mendahului 22-20 pada set pertama.
Namun demikian Lin Dan bukan mudah untuk dikalahkan..Lin Dan mengheretkan Datuk Lee Chong Wei ke set ketiga dengan kemenangan 21-14 pada set kedua..Perlawanan pada set ketiga berlansung sengit dimana kedua-dua pemain saling menunjukkan kehebatan masing. Namun nasib tidak menyebelahi Datuk Lee Chong dengan tewas 23-21 di tangan Lin Dan.


Lin Dan juara dunia 2011..

Namun demikian Setinggi2 Tahniah buat harapan negara Datuk Lee Chong Wei dengan prestasi cemerlang beliau.


Tahniah...

~Bila Kebosanan melanda~

Hye korang...Selamat Petang!!!
Entri nie ditulis bersebab taw
Sebabnya adalah si penulis ni tersangatlah bosan+boring+tak taw nak buat papa
Then terjadilah kisah ini....

Bila anda datang ofis n x taw apa y korng buat...apa yang akan korang buat???
ahahahaa...dah x taw kan buat x taw jerlah kan..
Tak..tak..saya tak...
Saya x duduk diam kot...

Kerja saya ialah.....

Beronline (adakah BM mcam nie?) sampai saya pening...

First bukak...

of coz my cute blog!!!


Second...

My Facebook account



Third 
My yahoo account....


Last...
Tengok Berita...
First choice..kosmo..
Berita gempak2
....Sukan dulu...

Lain2 bla...bla...bla..bla...


TIPS ELAKKAN MEROKOK...

TIPS ELAKKAN MEROKOK!!!

Wahhh...sejak akhir2 nie suka bagi tips ngan orang erkk...sekadar untuk dikongsi bersama..Yang sudi cubalh..yang x sudi pndang sebelah mata ja lah erk...
Selamat Membaca!!


 Entri kali nie adalah khas buat si perokok tegar di luar sana..especially si dia tue...trylah amalkan..saya happy jika anda berjaya!!


1. Determination kena kuat.


Huh, memang banyak dugaan. Kena tahan. Cuba buang perasaan "nak try" tak kisah la satu pam ke satu batang ke. Sebab, sekali dah try selalunya akan mula ketagih. Jangan mudah terpengaruh bila kawan-kawan ajak. Yang mana budak-budak lagi tu elak berkawan dengan manusia-manusia yang merokok. Tak kisah la kawan sebaya pun. Takat tegur-tegur biasa takpa, tapi jangan join sekali apa aktiviti diorang sudah.


2. Mind set dari awal.


Apa yang aku maksudkan kat sini senang. Mind set siap-siap pasal rokok ni dalam otak. Tanam bad perception pasal rokok ni dalam kepala. Contoh macam monolog ni,


"kalau aku merokok macam aku buat jenayah"
"kalau aku merokok dosa besar masuk neraka"
"kalau aku merokok nanti aku mati pucuk"


Apa-apa alasan atau bad perception yang korang fikir sesuai. Yang pasti korang punya mind set akan buatkan korang tak sentuh langsung apa saja jenis rokok.


3. Fikir pasal kesihatan.


Semua orang tahu yang rokok ni sangat bahaya. Macam-macam jenis racun dalam asap rokok tu. Takkan nak mati cepat sebab rokok. Memang la ajal maut di tangan Tuhan. Tapi kena ingat, setiap sedutan mengurangkan denyutan. Nanti jantung rosak paru-paru rosak kan susah. Jadi mana-mana yang masih belum merokok dan ada intention untuk merokok tu tengok gambar kat bawah ni selalu supaya sentiasa ingat dalam kepala. Fikir-fikirkan balik risiko rokok pada kesihatan.

Kalau perokok tegar dah tak peduli benda-benda macam ni. Even ada gambar bayi tak cukup bulan, gambar kaki dan gusi yang dah rosak pun diorang buat bodoh. Macam tengok gambar patung je.

4. Cari alternatif lain untuk hilangkan stress.

Ramai orang cakap rokok ni hilangkan stress. Jadi mula terjebak sebab nak hilangkan tension. Apa kau pendek akal tak boleh fikir banyak lagi cara nak hilangkan stress. Kalau aku sendiri stress aku akan buat benda-benda yang aku suka. Dengar lagu, baca novel, tengok movie. Ada jugak orang release tension pergi shopping, main bowling, tengok wayang, main bola. Buatlah apa saja perkara yang berfaedah untuk release tension asalkan bukan dengan merokok.
Membaca ka..kan bgus??Rajin anak mak..

Bersenam ker??? kan makin sihat jadinya....

OR

Tidowwww...best jew kan???

5. Guna cara lain nak tunjuk macho.

Biasanya ramai yang terjebak dengan rokok ni masa sekolah. Tak kira lah sekolah rendah atau menengah. Konon nak tunjuk macho. Actually, banyak lagi cara nak tunjuk macho atau gentle. Siapa yang masih belum merokok dan punya intention kena sedar pasal benda ni. Orang cakap seorang lelaki tu nampak macho nampak gentle bila cukup agama, cukup sikap tanggungjawab, cukup pelajaran. Selain tu berpakaian smart, bersih, wangi lagi. Kalau merokok mulut busuk gigi kuning bibir hitam macam negro badan tengik nampak macho ke? Jadi lebih baik elak jadi perokok.

6. Sedar yang merokok bukan simbol kelakian.

Aku selalu dengar orang kaitkan rokok dengan kejantanan. Aku faham ada ramai kat luar sana yang tak merokok lagi. Tapi ada saja yang mulut-mulut longkang yang provok persoalkan kejantanan lelaki yang tak merokok. Oh jangan terpengaruh, terasa atau kecik hati. Yang bersih dari rokok ni kalau orang buat mulut longkang kat korang, korang pun buat la mulut longkang kat diorang. Contoh kalau ayat diorang macam ni,

"ko memang tak jantan kalo tak merokok"
"ko memang dayus bajet baik bila tak merokok"
"bukan lelaki la kalo tak merokok"

Bila dah dengar ayat-ayat macam tu jangan berdiam diri. Menikus. Jawab balik.

"kesian kau sangat malang sebab kelakian kau diukur dengan sebatang rokok"
"bila kau merokok mati pucuk tu habis jantan la"
"kau memang lelaki sangat bila gigi kau macam belang kuning jalan raya mulut kau bau sampah"

Jadi, korang boleh guna ayat-ayat macam ni jadi orang tak boleh nak provok korang dan korang pun tak tension. So, boleh elak dari jadi perokok dan boleh kekal bebas dari rokok.

7. Ingat yang rokok sangat mahal.

Makin hari harga rokok makin mahal. Daripada jadi perokok habiskan duit beli benda tu baik duit tu simpan. Beli handphone baru ke, sambung belajar ke, beli topup ke, pergi Mekah pun boleh. Fikir masa depan. Baguslah kalau sekarang tak merokok lagi. Kalau dah merokok nanti besar bila dah berkeluarga kan bajet lari. Silap-silap nak kahwin pun tak cukup duit. Sebab tu penting elak diri jadi perokok. Patut sedar dari awal, kalau nak merokok je ingat yang rokok tu sangat mahal.

SO..KESIMPULANNYA...TEPUK DADA TANYALAH MINDA....




Sampai jugak akhirnya....

Dari semalam lagi nak post entri nie
excited sangat!!!
2 minggu lepas saya da crta pasal my konvokesyen right??
Nie nak tayang skit gmbar2 rasmi masa konvokesyen saya tue...
Bukan gambar yang saya ambik...

Gambar2 berbayarlah...
Tuelah nak tunjuk nie...


Teu dia...eheee...Gambar nie dihantar terus ke rumah saya..POS LAJU katakan...

Ada kisah di sebalik gambar2 indah ini..uhuuu...
Nak saya certa ker???
oklah...
alkisahnya..gambar nie bukan directly pgi saya...posmen hntar g rumahlah..yang terima my grandma..
Alkisahnya begini ::::

Posmen : Nie betul rumah miry???
My Grandpa (datuk akulah) : Ya2
Posmen : Nie da barang tuk dia,saya nak u sign....
My Grandpa : (Muka x reti..uhuu)
Posmen tue pun paham kot...
Then...
Posmen : Mintak IC ???
Masa tuelah my Grandma(nenek aku) muncul 
My Grandpa : Ambik IC yun(he means ME) sana
My Grandma : Mana da..IC dia bawak kerjalah
Then My Grandma p cari jugak...
Cari apa???
Habis diselongkarnya almari baju saya..uhuuu..motifnya tuk cari IC or yang sewaktu dengannyalah
Tuuttt...jumpa fail pink...dapat surat beranak...
jeng..jengg....
Tunjuk kat Posmen...
My Grandma : Nie boleh???
Posmen : Satah tue nama mak cik erk???(Belek2 surat yang dibagi..)
My Grandma : Ya..
Posmen : Ok Dah (catat2 IC dia)..Terima Kasih!

Si Posmen tue sebenarnya nak IC nenek or datuk aku bukan IC yun (aku)...
Nak taw x surat beranak sapa yang dia bagi???


SURAT BERANAK AUNTIE AKU
of cozlh da nama nenek aku kan??


....ahahahahahaaa.....
Bi;la sampai rumah...sumpah aku terkekeh ketawa masa dia cerita..uhuuu...

(version cerita di atas adalah dalam bahasa iban)
Translator : Me

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tutup cerita tue..
Nak tunjuk gambar lagi k!!!

eheee...muka serius sangatlah dik oiii...malu kot bnyak sangat orang time tue

 With my beloved mum...(My father x dapat ikut)


Nie gambar time terima my DIPLOMA ...Thank Datuk Amar..Senyuman anda penyeri gambar saya..ehee


Pewittttt!!!...rasa macam modellah pulak



ehhhh...ni sapa pulak mamat sesat nie...kihkihh...nie Mr. right sayalh..Tahniah dear!!moga terus succes erk



Aku dah prapare awal2 dah Frame tuk gambar2 konvo aku nie...


Murah ja...RM 14.90..harga murah..kualiti pun murah...

Krekkkk!!!!

Huhuhuuuu...time tue jugak dia patah...x dapat pakai pun..
moralnya disini : Beli yang kualiti tinggi..


TAMAT

TIPS SERONOK BERSENAM


MEMANDANGKAN AKU SEKARANG DAH SEMAKIN +++ BERATNYA...PERLU TUK LANSINGKAN BALIK BADAN SEBELUM BALIK KAMPUS..KANG X KENAL PULAK MEMBER2 NANTI..TAPI AKU NIE JENIS YANG TERSANGATLAH MALAS NAK BERSENAM..AKU LEBIH SUKA MENGHADAP LAPTOP 12 JAM SEHARI BERBANDING SEJAM BERSENAM..TERUK KAN???
JUM NI AKU SHARE TIPS TUK RASA SERONOK BILA BERSENAM...
JUM PRATIKKAN!!!


TIPS SERONOK BERSENAM
Bosan dengan rutin senaman anda? Rasa terpaksa melakukannya? Kecewa dengan hasilnya? Di sini saya ingin kongsikan tips untuk membantu menjadikan masa bersenam dan melakukan workout di gim dengan lebih berkesan dan seronok.

1) Berhenti memberi alasan.

Perkara paling penting untuk menjadi sihat adalah berhenti memberi alasan. Secara tidak sedar, hidup kita sudah banyak dirosakkan dengan 1001 alasan untuk memulakan sesuatu yang sihat. Sebagai contoh jika anda ditanya, bila anda hendak memulakan rutin senaman, pasti terdengar jawapan seperti 'nantilah', 'esoklah', atau 'mula minggu depanlah'. Alasan sebegini seolah-olah menipu diri anda sendiri kerana anda tidak berasa bersalah terhadap diri sendiri disebabkan alasan tersebut.

Tetapi tahukah anda bahawa suatu hari nanti anda akan menyesal dengan alasan dan sikap bertangguh-tangguh anda itu? Oleh itu, berhenti memberi alasan, dan mulakan rutin sihat untuk kebaikan yang tidak ternilai di kemudian hari.

2) Fleksibel.

Anda tidak perlu melakukan semua jenis senaman dalam satu-satu masa untuk memperolehi hasil yang cepat. Sekiranya perlu, cuba bahagikannya kepada dua atau lebih banyak sesi untuk sepanjang hari. Dengan itu, ada akan mempunyai masa untuk merehatkan diri sendiri di samping melakukan aktiviti kecergasan.

3) Curi masa.

Jika anda tidak mempunyai masa yang banyak untuk melakukan senaman disebabkan tuntutan kerja harian, anda bolehlah mencuri masa 20 minit setiap hari untuk bersenam. Itu pun sudah boleh memberi perbezaan yang besar berbanding jika anda tidak melakukannya langsung. Something is always better than nothing!

4) Jadikan rutin.

Kesihatan yang baik adalah keperluan untuk hidup. Dengan memikirkan dan menetapkan bahawa bersenam adalah sesuatu rutin yang penting seperti rutin sihat yang lain, lama kelamaan secara automatik anda ingin melakukan senaman sama seperti rutin anda menggosok gigi. Sehari tak bersenam, gelisah satu badan!

5) Set gol anda.

Apabila anda mula bersenam, memotivasikan diri adalah kunci untuk anda terus bersemnagat melakukannya. Tulis gol atau target anda dan lekatkannya di tempat yang anda mudah lihat seperti cermin di bilik air.

Samada anda ingin mengurangkan kolesterol atau ingin muat dengan seluar jeans size 6 tanpa perlu menahan nafas, mengejar gol dan target anda itu akan membantu anda mencapai impian anda itu.

Anda juga boleh set mini gol atau mini target. Seperti mengurangkan 1.5kg berat badan dalam masa tiga hari melakukan senaman di gim. Apabila anda mencapai target anda itu walaupun dalam jumlah yang kecil, anda pasti tetap berpuas hati dan tidak sabar-sabar untuk meneruskan untuk sesi senaman pada keesokan harinya.

6) Konsisten.

Anda tahu kenapa hari terakhir anda lakukan senaman sudah pun berbulan-bulan yang lalu? Itu disebabkan anda tidak konsisten melakukan senaman dan kecergasan badan anda pun sudah keluar dari radar yang sepatutnya.

Untuk menjadi konsisten, anda perlu mencipta jadual senaman anda untuk sekurang-kurang tiga hari dalam seminggu. Dengan cara itu, anda boleh check samada anda patuh atau tidak dengan jadual yang anda sendiri cipta itu. Jika anda patuh dengan jadual anda, anda sendiri akan berpuas hati dan sekiranya tidak, anda tahu yang anda hanya menipu diri anda sendiri.

Anda juga boleh memvariasikan aktiviti dalam jadual anda itu untuk mengelakkan rasa bosan. Contohnya Isnin minggu ini anda buat aktiviti kardio, Isnin minggu depan anda boleh cuba lakukan yoga pula! Mencuba sesuatu yang baru juga boleh menaikkan semangat anda untuk bersenam!

7) Gabungkan aktiviti.

Sesekali mesti anda berasa bosan berlari di atas treadmill. Kalau dah bosan, anda akan mudah berhenti melakukannya. Anda boleh cuba berlari atau berjalan di atas treadmill sambil menonton televisyen ke, berborak di telefon dengan pasangan anda, mendengar lagu kegemaran, atau membaca majalah kesukaan anda!

8) Mulakan dengan perlahan.

Jika anda memulakan rutin senaman dengan terlalu cepat, anda akan mudah hilang semangat dan bosan untuk terus bersenam. Cuba memulakan aktiviti ini secara perlahan-lahan dan terus develop senaman anda dan menambah level dalam senaman anda. Anda akan terasa challenged dengan senaman anda itu dan itu yang akan terus memotivasikan diri anda untuk terus bersenam dan cuba membuat peningkatan dari satu level ke level yang lain.

9) Buat nota.

Tulis senaman harian yang anda lakukan – berapa km anda berlari atau berjalan, berapa kg dumbbell yang anda angkat. Anda akan dapat melihat perkembangan senaman anda sebelum anda nampak hasilnya. Sekiranya anda tidak nampak hasil, anda tahu apa yang anda perlu buat untuk menambah aktiviti senaman anda. Selain itu, anda akan dapat tahu apakah aktiviti yang paling berkesan mengikut keperluan badan anda sendiri!

10) Jangan obses.

Penting bagi setiap orang untuk komited terhadap rutin senaman mereka. Tapi jika anda pergi ke gim untuk berjam-jam setiap hari, dikhuatiri anda mungkin overtraining.

Jika anda bersenam, otot anda mungkin akan terkoyak sedikit. Otot anda akan membina tisu-tisu baru untuk menggantikan otot yang terkoyak. Tetapi itu akan sukar berlaku sekiranya otot anda tidak mempunyai masa yang cukup membinanya kerana anda telah melakukan aktiviti yang lain pula.

Jadi caranya? Berhenti rehat seketika sebelum anda memulakan semula sesi senaman yang anda lakukan. Beri masa kepada otot anda untuk membina semula otot baru. Dengan cara ini, anda boleh bersenam setiap hari dan dalam masa yang sama memberi rehat yang cukup kepada badan anda.

11) Beri hadiah kepada diri sendiri.

Raikan kejayaan anda dengan sesuatu yang sihat! Sebagai contoh, beli sebuah elliptical baru daripada anda membeli sebuah tv baru! Big Grin

12) Cari seorang kawan.

Bersenam bersendirian memang akan menjadi bosan.Cuba cari seorang kawan yang akan menjadi teman anda bersenam dan membuat anda komited dengan aktiviti kecergasan yang anda lakukan. Anda juga boleh membincangkan perkembangan dan hasil yang anda perolehi sepanjang anda melakukan senaman. Selain itu, anda juga boleh membincangkan apa yang menghalang anda dari menjadi sihat bersama rakan anda. Anda juga boleh merancang aktiviti yang pelbagai bersama rakan anda itu.

13) Have fun!

Tak kira berapa banyak pun strategi yang anda cuba atur, ianya tak akan terhasil jika anda sendiri tidak gembira melakukannya. Mungkin kalau anda bosan melakukan aktiviti senaman yang sama, cuba bersukan pula. Anda juga boleh mencuba cara baru seperti menari, yoga, kickboxing dan pilates!

MACAM NA???
BOLEH AMALKAN TAK??
EHEE...

TIPS MEMELIHARA CINTA SEJATI



CINTAILAH seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Malah, kisah lampau yang berlaku tidak perlu diungkit lagi sekiranya hati benar-benar menyintai dirinya.Sememangnya hidup bercinta dan untuk dicintai amat mudah, tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai sukar diperoleh. Ikuti tip bagi memelihara cinta sejati.


1.       Pilih pasangan yang sesuai

Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya.

Secara jujur, tanyalah pada diri sendiri: â€Å“Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?â€? Jika tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain
inta bukanlah daripada kata-kata tetapi segumpal keinginan yang diberikan kepada hati yang memerlukan



2. Jangan terburu-buru

Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan.



3. Percaya akan kelemahannya

Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau perkara yang diingininya. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan seperti, saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik,? percayalah dia.

Anda seharusnya tanya pada diri sendiri; adakah dia sudah bersdia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian baru mengingati aku.



4. Tutup mulut
Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggung jawab dalam mengungkap perasaan anda terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda berdua.



6. Jadi pemerhati

Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.

7. Buktikan siapa diri anda

Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan, serta cuba
berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut berdua.

8. Mr . Right kembali

Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati anda suatu masa dahulu, tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi masalah sebegini, adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan?

Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru.

9. Bukan perigi cari timba

Anda tidak pernah merakan bahawa cinta sejati seperti objek yang keras atau seolah-olah berke! lakuan syok sendiri. Malah, anda haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam perhubungan.

10. Hargailah diri sendiri dan pasangan
Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya..
SEMOGA BERJAYA!!!!