header

Tips Kontrol Marah!!

Korang pernah tengok cermin tak while korang tengah marah???tengah api kemarahan korang tue membara bak lampu nion..Pernah tak tengok betapa teruknya rupa korang waktu tue..Hilang teruslah semua keayuan serta kejelitaan di wajah manis korang tue kan..




vs


Teruknya kan???kan bagus lau senyum selalu..comel jew kan??


Disini saya ingin berkongsi sedikit petua untuk meredakan kemarahan korang tue...Think abaout it and confirm senyuman korang berputik after marah..selamat mencuba..jangan marah2 lagi erk..

1. Perlu sedar sebenarnya “Tak cun pun bila marah”
Ada tak sesiapa yang bertambah jelita dan rupawan ketika marah? Maklumlah, kalau dah marah tu...kulit hitam berukar merah, mata sepet boleh jadi bulat (belum termasuk warnanya yang juga jadi merah menyala...tak ubah macam Maya Karin dalam Pontianak Harum Sundal Malam), hidung gelap pun nampak cerah, pipi suram tiba-tiba sahaja bertukar merah jambu. Cantik kan?

Setiap kali marah, ingatlah bahawa kita memang tak cun bila marah sebegitu. Kalau kulit gelap gelita macam akupun boleh nampak kesan perubahan warnanya, campur pula dengan biji mata yang tajam, bulat dan bersinar-sinar renung orang macam nak telan (errrr...bayangkan je kalau Mr. Bean yang marah hu hu hu), hidung jadi pink kat atas puncak tu sejemput sahaja, kening pula bergerak-gerak dah jadi macam kening Ziana Zain...adakah wajah kita yang serba kekurangan itu akan terlihat rupawan dan jelita?

Setiap kali marah, setiap kali nak jerkah orang, setiap kali nak naik angin...ataupun dah ternaik angin sikit, cuba-cubalah bawa bertenang dan ingati bahawa “memang tak cun pun bila marah”. Bila dah ingat begitu, cubalah langkah seterusnya ini...

2. Kemudian tarik nafas
Dah sedarkan “tak cun kalau marah”?. Tarik nafas panjang-panjang. Penuhkan oksigen dalam ruang dada dan kosongkan fikiran seketika. Sekurang-kurangnya tiga saat. Oksigen yang mengalir ke sel-sel dalam otak dengan kapasiti yang cukup akan buatkan anda lebih rasional. Jadinya, tak mustahil anda kemudiannya mampu untuk tersenyum ketika ini walaupun wap marah tu masih lagi bersisa. Orang yang tak berapa nak baran dah boleh atasi marah pada tahap ini. Namun, kalau jenis baran tu melampau-lampau...anda masih lagi perlukan langkah seterusnya.


3. Tahan nafas seketika di dada sebelum lepaskannya
Dah tarik nafas panjang-panjang kan? Ok, sekarang tahan seketika nafas kat dada. Beberapa saat pun dah ok tetapi kalau boleh buat lebih lama, lagi baik. Janganlah pula tahan sampai anda pula habis nafas. Kang tak pasal-pasal kena telefon ambulan pulak. Tahan takat 10 -15 detik (ikut kemampuan) pun dah cukup.
Tarik nafas, tahan seketika dan hembus nafas ini dilakukan secara berulang-ulang hingga anda dapat rasakan panas hati, marah, geram atau panas dada tu dah habis. Paling kurang dah semakin berkurang berbanding sebelumnya.

4. Ubah cara duduk
Andai saat itu anda sedang berdiri, bila dah sedar sedang marah, maka duduklah. Kalau tengah bercekak pinggang, luruskan tangan anda. Kalau tengah duduk, baringlah kalau rasa sesuai. Namun, kalau dikhalayak ramai, tak payahlah baring pula ya. Kang tak pepasal datang cop mohor baru pulak....opsssss! apa lagi kalau bukan terbakar fius hu hu hu


5. Beredar dari tempat itu dan buat sesuatu yang boleh kurangkan marah seperti makan aiskrim. Jangan shoping pula ya, karang papa kedana nanti. Makan tu pula, janganlah sampai ikut perasaan. Habis sebaldi aiskrim telan...itu bukan makan namanya. Itu dah sampai tahap mentekedarah!
Nak makan pun kena pilih juga. pilihlah benda-benda yang sejuk macam aiskrim. Macam ABC ke, cheese kek ke, coklat ke, atau yang manis macam bubur, macam pengat ke, ...ohhhh yumy! Jangan pula pilih makanan yang berjenis panas dan pedas. Karang makin bertambah meningkat pula suhu badan.


Makan sampai kenyang sudahlah ya...berhenti bila dah sendawa dua kali. Jangan terlalu ikutkan hasutan iblis, makan sampai tersadai tak boleh bangun. Itu bukan ubat, itu dah tambah penyakit. Kalaupun nak lepaskan gerampun, berpada-padalah.
6. Mandi
Andai hati masih lagi belum sejuk lagi...campur juga dengan bazir air mata secupak dua bila menangis tu, pergilah mandi. Mandilah lama-lama sikit. Habiskan air sekolah dua. Sambil mandi tu bolehlah sental bilik air sampai kilat. Maklumlah masa tu tengah geram, jadi bila sental tu...sehabis upaya tenaga kita guna. Dah sental bilik air, sambung pula dengan basuh baju dua tiga baldi. manual punya!


Aku pernah sental bilik air jam 2 pagi dan basuh baju entah berapa besen hanya sebab tersangat kecewa, marah dan sakit hati dengan komputer yang telah TELAN semua kerja aku selama setahun. Banyak woooooo fail-fail yang hilang tu, dah lah nak kena hantar cepat, semuanya habis dan lenyap begitu sahaja. Pada masa itu aku merempat kat rumah kakak. Abang ipar hanya komen “Baguslah! Marah selalu pun tak apa”
Cissss! Murka betul beta bila tahu hal itu. Huihhhh ada ka patut. Tau la masa tu kami tak mampu nak beli mesin basuh, usahlah dera daku sebegitu sekali. Macam bawang putih lak aku kena dera hu hu hu

7. Tidur
Baring dengan tenang dan tutup mata perlahan. Cubalah untuk tidur walaupun akhirnya hanya memaksa diri sahaja. Kalau berjaya tidur, bila bangun nanti...fikiran akan lebih tenang. Lebih segar. Agaknya bantal dah serap hawa panas marah kat dalam dada tu kot hu hu hu



Bab tidur ni, amat jarang-jarang untuk aku paksakan diri kerana kebiasaannya aku memang tak cukup tidur. Asal jumpa bantal sahaja, terus hilang dan ghaib ke alam baQa...alahai!

8. Elakkan daripada jumpa punca kemarahan itu sehingga fikiran waras semula.
Selagi belum bersedia untuk bersemuka dengan punca kemarahan itu, usahlah cuba untuk bertembung. Sedapatnya, cubalah elakkan. Orang kata, undur bukan bermakna kalah...hanya susun strategi. Mmmmmm macam nak pergi perang pulak!
Namun, bila aku dah benar-benar bersedia, raksasa pun sanggup didepani hu hu hu apalah sangat takat ular sawa si anakonda. Namun, pada saat itu, sudah semestinya kepala dan fikiran kita dah waras. Dah boleh dikawal. Kita tidak lagi akan dikuasai emosi dan syaitan.


Walau pun dah pratikkan kelapan-lapan tips tadi korang stil marah gak...maknanya korang memang panas baran punya oranglah..Last tips korang bli ais banyak..masukkan dalam tap mandi rumah korang and then korang terjun terus dalam tap mandi korang tue..and sampai korang rasa hampir beku barulah keluar..pasti kepanasan dalaman  dan luaran korang tue akan hilang serta merta tak pun masuk jew dalam peti sejuk..lagi bagus..
eheekkk...selamat mencuba..jangan marah2..




Syukur...Mohon Doa sahabat semua...




Semua orang ingin berjaya dalam hidup kan..ann..ann...angguk2
Pernah tak korang semua terjerumus@terjunam@whateverlah ke dalam jurang@apa2 sajalah kan yang korang memang tak inginkan???Pernah tak???

Saya suka ayat kat atas nie..I will never close my book till i get what i want!

Mungkin saya boleh dikatakan dalam situasi ini sekarang tapi saya still tak sampai terjunam lagi..hampir2lah..eheeekkk...

Tapi saya bersyukur sekarang SEBAB ;

1. Saya mendapat lampu hijau(Lampu hijau yew not merah maknanya boleh jalanlah kan??aann...annn) untuk berhijrah ke dunia baru yang mana mungkin lebih baik untuk masa depan saya sendiri..Kata orang untuk dapat peluang tue punyalah susah kan..Syukur sekali lagi saya dapat peluang..dan dengan peluang itu of coz saya tidak sama sekali akan sia-siakan..

2. Saya ada beberapa orang yang sangat menyokong kuat keinginan saya ini..Terima kasih u ols..Moga doa anda untuk saya menjadi realiti yang indah buat saya..

3. Dan..saya juga sangat bersyukur dengan adanya individu tertentu yang tidak menyokong keinginan saya ini..Mungkin mereka ada SEBAB mereka sendiri kan??saya tidak lansung marah bahkan semangat untuk meneruskan impian saya ini semakin berkobar2..Bak kata pepatah menyeluk pekasam biarlah sampai ke lengan kan tapi saya tak..saya seluk sampai saya dapat SEGALA apa yang saya hajati..eheekk..

DENGAN ITU(ECEHCECEHHH...)
SAYA MOHON DOA ANDA PARA SAHABAT-SAHABAT SAYA YANG MENYAYANGI SAYA AGAR SAYA DAPAT APA YANG SAYA IMPIKAN..
TIDAK PERLU DITANYA APA,KENAPA,@MENGAPA??
ANDAI IMPIAN SAYA TERCAPAI TIDAK PERLUKAN PERSOALAN,SAYA YANG AKAN WAR2KAN..
DOA IKHLAS ANDA TUNJANG KEJAYAAN SAYA..
TERIMA KASIH..



Entri kali nie tak ada kaitan dengan sesiapa pun cuma luahan perasaan seorang penaip sebuah typewritter yang usang..
tataaaa...love u ols!


Budak Baju Kuning berphotoshoot...

Andai buah,,dah berulat dah kat blog saya nie....nilai 'kemalasan' tue tersangatlah menebal dalam diri..akibatnya bukan cuma blog yang terabai..boyfren pun terabai..kueng3..
Entah mengapa nilai kegedikan tue menguasai diri minggu ini..macam budak baru sem 1 kan..berphotoshoot bagai apalah...
Dah masuk minggu kedua semEster baru nie tapi lecturer still entah kemana menghilang..macam chipsmore..kejap ada keja tak da...So dengan masa yang terluang tue kita orang (saya ngan member2) manfaatkanlah dengan aktiviti yang separuh berfaedah nie..berposing..

Lokasi : Taman Fakulti Seni &sekitar Library UPSI
Waktu : 12-1 pm..(19/9/2011)








 Bola yang comel nie lebih besar dari kita orang..


oH mak datukkk...anak dara sapalah kan...kawan saya ni pun layan jugak aku suh buat cam tue ehee



 kwueng2..hanya setinggi pasu itu..




 Hadapan Perpustakkan...Siap tertonggeng2 gi camera women tngkap gambar..


cam ner??ok tak posing 1/2 maut kita orang..
lepas kepenatan berposing,kita orang lepak pun kat perpustakaan..bukan nak baca buku..buka facebook..bukan saya..bukan saya..kawan2 saya..eheekk

Cukuplah tuk entri kali nie..serba ringkas..kang panjang2 tak terupload pulak oleh wifi si ulat gonggok nie..
taaataaaa...lain hari saya akan rajin2lah menaip lagi tue pun kalau ada yang sudi baca kan..

The beginning....

Tanjung Malim sudah..uhuuu...betapa lamanya aku x update blog...dah berselirat dah sesawang..nasiblah tikus-tikus tak mari lagi..psttt...pstt..
Kepenatan melanda!!
Tapi 1 yang bestnya penempatan kolej kali nie dapat duduk ngan member sendiri..coursemate aku lagi tue..Thank u so much lah KHAR yew..lain kali buatlah gitu lagi..tapi yang tak bestnya punyalah banyak aras dalam kolej aku nie..aras tertinggi sekali jugak dia bagi kitaorang..mentang2lah kitaorang budak sukan..
Tapi reti gak penat kak oiiii...nasib baik ada lif..janji wifi laju..uhuu..

Seharian kemas bilik..Dari bilik 1/2 cik tikus..berubah menjadi kamar beradu miss purple yang cukup indah..
yang penting semua nak purple oraitttttt....

3.9. bla..bla..blaaaa....Seklias pandang di ruang tamu rumahku...

This my room..opsss...alas kaki pink pulak dah..kata smua purple kan..nie roomate aku yang beli..

Jum skodeng lagiiii....jenggg...jeng..jeng...

Purple mariiiii!!!

Semangat nie nak study..awal2 dah tampal jadual...azam budak baik!!

Esok first kuliah....Pembelajaran Kawalan Motor..entah apa2lah kan subjek tue..Ta pelik bebenor bunyinya..
layan jewlah esok..hope lecturer yang lecture tue ok lah..
Ada kelas gimnastik lagi ..uhuuu...petangnya pulak kelas renang...uhuu...

That ols...Thanks 4 reading dear...
datang lagi yew...

KAD RAYA UNTUK SEMUA....LALALALAAA....

SEGMEN KIRUM KAD RAYA BERMULA....
MEMANDANGKAN TAK LAMA LAGI NAK BALIK KAMPUNG AND TAK DAPAT ONLINE...
KENA PREPARE AWAL..
BIAR KORANG FEEL RAYA AWAL2 LA KAN??
WALAU SAYA TAK SAMBUT HARI RAYA TAPI MEMANDANGKAN BANYAK MEMBER2 ISLAM SO DENGAN BERBANGANYA SAYA MENGHADIAHKAN KAD RAYA PALING COMEL BUAT KORANG SEMUA(CIPTAAN SENDIRI OK!!) ALMAKLUM X DAPAT PENAJA..EHEEE...

SAHABAT2 SEKALIAN..MEMANDANGKAN TYWRITTERKU SUDAH USANG...
AMBIK KAD SAYA NIE AND PRINT SENDIRI K..
EHEEE...
TAMPAL KAT RUMAH KORANG K..



JENG...JENGG...JENGGGG....

MESTI BACA TAW....
KLIK GAMBAR TUK ZOOM K!!


SORI LAH X CANTIK PUN..
YANG PENTING IKHLAS KAN??
SELAMAT HARI RAYA KORANG!!

KAWAN-KAWAN UPSI KAD RAYA NIE NAK KENA BAYAR DENGAN KUEH RAYA K!!
~~Thank You~~

Musim Dabai + Durian Kembali..yuhuu!

Anda tahu buah dabai???
Orang sarawak maybe taw kan???Tak mungkinlah x tahu..at least kalau kat sarawak pernah tengoklah..but orang dari semenanjung..im not sure....Mungkin ada sorang dua yang taw...
Dalam bahasa saintifik, buah ini dipanggil sebagai Canarium odontophyllum. . Ketika buah dabai masih muda, ia kelihatan putih pada luarannya dan kemudian bertukar menjadi hitam apabila ia sudah masak. Isinya pula berwarna kuning. Bijinya pula berbentuk seperti bola ragbi tetapi bersegi tiga.


Bewarna putih ketika masih mentah..x sedap dimakan!


Bila dah masak jadilah macam nie...




Bagi yang tidak biasa, buahnya tidak boleh dimakan begitu sahaja. Sebaliknya, ada cara tertentu untuk membolehkan ia enak dimakan
Kebiasaannya buah dabai direndam terlebih dahulu dengan air panas sehingga buahnya menjadi lembut. Kemudian, air panas dibuang. Seterusnya, ia sudah sedia untuk dimakan dengan bertemankan kicap ataupun garam. Mengikut penggemarnya, buah dabai terasa lemak untuk dimakan. Ini yang menyebabkan ia amat sedap untuk dimakan bersama nasi yang masih panas-panas.


Nie nak story molly sikit mengapa tetiba keluar entri nie..
Semalam selepas balik dari kerja around jam 7 petang,saya balik rumah..tup..tupp..tuppp...Dinner dah tersedia atas meja makan..Cepat berbenar!!
Dengan perut yang berkeroncang,,saya buka si penutup lauk..Nak taw apa yang ada???
Jeng..jeng..jenggg...The most popular fruit at sarawak..Buah Dabai...Yummy..yummyyy..


Lama kot x makan..Lantas saya ngap sebijik and sebijik and entah berapa bijik lagi..
Bertambah berselesalah dinner malam semalam..ehee..
Mahal kot dabai sekarang..1 kilo mencecah rm30..sekarang masih musim pengenalan dabai..bila dah musim kemuncak dabai banyak,,time tue lah dabai boleh dibeli ngan harga yang paling murah..eheee...Sana sini ada dabai..Gi market centre dabai, gi terminal bas dabai..gi hospital pun dabai..aduhaii!!sungguh..banyakkk...


Durian pun berlambak kat sibu sekarang..Tapi harga still mahal..5 bijik-->rm40-rm100..telan air liur ja lah kan..ahaaa..beli sekali-sekala x pa gak kan??kalau selalu bankruplah tauke...


Tengok tue..banyak kan??huhhh...

Mode : Kecewa...(Dabai di kampun dijangka akan masak sekitar bulan 9-10 uhuu..masa tue of coz dah kat Tanjung Malim..so aku bye2 ja la ngan pokok dabai)


Kekasih lama menjadi teman baik!!


Entri nie agak sedikit peribadi...Tapi bila dah share x da yang private sangat pun..kwua..kwua..kwuaaa....
Mari mengupas memori silam..
Pernah ka sahabat2 semua mengalami situasi dimana GF@BF kembali n menjadi teman baik???Di sebalik kewujudan nilai persahabatan antara korang tue kan....Tidak wujud ka sekelumit cinta di situ??


wahhh...i have experience on thiz...sampai sekarang saya masih berhubung dengan bukan satu tetapi 2 orang bekas kekasih saya..boleh dikatakan bekas cinta monyet saya...cintan-cintun waktu persekolahan!!Pernah kena tangkap surat cinta lagi tue..aduhhhh...malunya..sampai sekarang still malu ngan cikgu T..aduhaiiii cikgu...masih terbayang2 lagi suara keras cikgu T baca surat cinta saya tue..hurmmm(zaman saya study time tu xda handphone ok!!pas abis spm bru ada sebijik)Kalau ada handphone time tue confirm my mum merepek 24 hours kena reload selalu tuk si anak dara dia nie kan>>ahaaa.

Cinta monyet sahaja ok!!

Sorang ex-BF saya tue dah kahwin dah sekarang..umur sebaya saya dah kahwin dah kan???Kahwin muda2 bagus tuk elakkan benda2 yang x elok kan???Baguslah...Happy ja life dia sejak mendirikan rumah tangga..jujur saya turut tumpang bahagia..selepas tamat persekolahan,Facebook mempertemukan kami..Selalu jugak chat bertanya kabar..Tapi saya tak gangu suami orang k!!
Bini dia pun kawan saya!!moga korang happy selalu duhai si K..

Be happy..moga cepat2 dapat baby...

Sorang lagi nie entah masih single ka tak??Kata dah berpunya tapi x reti nak tunjuk muka GF dia..Katanya x maw orang lain nampak..biar dia sorang ja yang tengok..gituuu..Tapi si dia nie selalu jugak usha2 saya,,saya jarang nak layan..borak2 kosong bolehlah..bila dah melalut ke panggilan sayang2..saya offline..Tapi sejak letak profil pic dengan my hubby dia dah x kacau2 lagi..gud boy!!
Kang terkantoi ngan my hubby..mampusss!!
tapi dia nie jarang dah wujud di chat room saya..buzy dengan kerja..tapi tetiba tadi mesej  facebook saya..chatlah dengan dia sekejap..katanya bercuti...
Setelah itu maka WUJUDLAH ENTRI INI..
Dia memang salah seorang sahabat yang baik...sangat bnyak cerita lawak kat kepala otak dia nie!!!



Penghujung entri titipan khas buat si dia yang kini bertahta di hati...


Dialah sahabat dan kekasih yang sangat memahami diri saya,,yang menerima saya apa adanya!!
Dugaan silih berganti sehingga hampir membuat kami berputus asa..
Sering kali terpisah oleh jarak dan waktu..
Kadang-kadang terleka dan terlupa
Namun rasa mengerti itu wujud diselangi dengan niat suci..
DAN
Tahun ini merupakan tahun ke-4 kisah cinta kami....


Moga jodoh kami dipanjangkan 1000 tahun lagi!

Amin..



Hantu Facebook datang lagi!!!!

Arggghhhh...gerammm tolll....
Kisah facebook lagi..
Tahun lepas pernah kena gak ngan manusia2 dalam facebook nie..
Nielah akibatanya main approve ja kan orang yang ADD..Dulu pernah kena ngan si tua ntah papa nama dia..x reti nak sebut..bukan orang malaysia kot..
Tapi yang tue x berapa teruk sangat..Si tua tue just ajak2 dating ja...(x sedar diri tollll..kubur dah hai2 masih nak kenja(sarawak version)
TAPI kali nie 1 lagi manusia wujud dalam ramai kawan2 aku dalam facebook nie
Anda sepatutunya hindari akaun yang menumpang nama Monz Reigh..kalau pernah terADD seperti saya..x perlu berpaling lagi just block him from your friends list!!!!

Kepada wanita2 di luar sana...tolong jangan sesekali ADD manusia nie...semua rakan wanita facebook dia dah terkena..saya baru terkena tadi..terkena apanya..malas nak cakap..tapi sebelum anDa jadi mangsa..better block terus...


HuBungan Hebat Tanpa Prasyarat, Tanpa ujibakat!!!



Hye bloggers..
Selamat berkasih sayang!!
Seperti yang kita sedia maklum kes2 penceraian semakin menjadi2 ya sekarang nie..Bila orang lain nak kawen..kamu pun nak kawen jugak..TAPI bila orang cerai tak kan kamu nak cerai jugak kan..aduss..bahkan saban hari turun naik mahkamah..tak malu ka puan tuan??aiyooo...Bila ditanya mengapa bercerai..jawapan sudah tentu tidak ada keserasian dengan pasangan!!so budak2 aa u ols!!(opsss...harap cili saya x sepedas mana lah kan)


Pernah tak tanya hati anda sebelum mengambil keputusan..
Mengapa Saya berkahwin????
Mengapaaaaaa???
Adakah kerana pasangan anda pandai memasak???
Bagaimana kalau suatu hari masakannya hangit..adakah kasih sayang anDa akan berkurangan???
Bila tiba-tiba suatu hari pasangan anDa terlantar sakit....Adakah anDa tega terus memaksa si dia memasak demi mengikut kemahuan anDa???
Jawapan anda??


Kerana si dia cantik/handsome???

Semacho remy ishak??

Secantik Erra Fazira??

Tapi bagaimana kalau suatu hari muka si dia tersimbah asid????
 dan bertukar tiga ratus enam puluh darjah..Adakah anDa akan meninggalkan si dia dan berpaling mencari yang lain???
Sungguh kejam ya anda...

Seterusnya...
Adakah kerana pasangan anDa cukup sempurna???
Anda TUHAN kah sehingga bisa melihat kesempurnaan itu sekelip mata??Tidak bukan..so bagaimana boleh anda berkata dia begitu sempurna...
Yang penting bila anda berniat mahu mengahwini si dia yang anda cintai..cintailah dia kerana apa adanya..bukan kerana dia yang anda nampak..Tapi kerana ketulusan cinta yang wujud antara kalian..
Terima kekurangan si dia apa adanya!!
Anggaplah anda dan si dia hidup bersama untuk saling melengkapi antara satu sama lain..
Setiap kekurangan dia anggaplah kelebihan anda..

Dulu-dulu..dan ketika Menjelang Merdeka...

Hye bloggers!!
How are u??
Semangat merdeka menjelma lagi...
Rindu pulak time masih kat sekolah dulu2,,feel bulan merdeka tue lebih terasa..Detik2 menunggu jam 12.00 a.m 31 ogos adalah saat yang excited giler!!
lima..empat..tiga..dua..satu..(bergema satu dewan sekolah)
Merdeka!merdeka!merdeka!
Best kan???

Jum tengok anak2 buah aku tunjuk semangat merdeka diaorang nie..
Semangatlah sangat diaorang nie ahaaa...
Excited bergambar ja lebih...

Aehhh...adik tengok apa tue sayang???

Bila si adik pulak jadikan bendera malaysia baju dia...


Macam tue ka semangat sayang oiii...muka blur ja kan..
Apapun..gud girl..sudi jugak bergambar!
Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya kan...

Semangat Merdeka!!!



Hye bloggers!!
Tinggal 10 hari lagi hari kemerdekaan negara bakal menjelma..
Selamat menyambut bulan kemerdekaan guys..
I m proud to be malaysian!!





Hari ni bngun awal coz nak hntar adik2 balik sekolah diaorang..kat tengah2 jalan tengok da beberapa orang belia2 negara berbaju oren..apa ke hal diaorang nie kan??x takut mati ka??Kang kena langgar bru taw..
Dekat lagi tengok2 diaorang dok agih2kan jalur gemilang....wahhh...
Semangatnya diaorang kan..kebetulan tyme tue aku berhenti kat trafik light..
So dengan muka semangat yang saya perolehi dari diaorang2 tue tadi..saya pun...

Saya : Bang...nak 1
So si abang tue pun berlari2 dekat ngn kereta saya..
Siap lekatkan lagi bendera tue..
[walaupun green light tinggal beberapa saat lagi]
Selamat menyambut bulan merdeka bang!!!
Sebenarnya saya memang lama dah niat nak pasang bendera kat depan kereta tapi dengan kesibukan kerja jadi lupa pulak..dah dapat free..apa tunggu lagi kan??
ehee...


Mesti semua kereta kat sibu bnyak yang dah ber 'jalur gemilang' lah sekarang..
Tapi satu hal lagi lagi berlaku..tyme aku park my car dekat pasar tamu sibu..aku adalah ternampak sorang mamat ambik bendera yang dilekat tue and simpan dalam kereta dia..Aku x tawlah apa niat dia...Adakah beliau malu nak lekat bendera kat kereta dia atau dia punya niat lain.. Mungkin dia rasa sayang ngan bendera tue kot..Takut jatuh ka apa ka kan...apapun niat dia..mudahan dia ada semangat merdeka dalam diri..

Then shoping menyoping tyme...
Dalam pada masa tengah jalan2 tue aku terlihat kilauan baju harimau malaya..
Teringat adik aku nak pakai sangat baju tue..
So...


belilah satu..

harap dia sukalah kan..