header

PRODUK ONLINE TERHANGAT MASA KINI..SEMUA ADA DISINI!

Harga-harga produk dari saya[tiada charge tambahan oke termasuk s/s sama sahaja]
1. SET COLLAGEN PLUS VIT.E RM50+FREE POSTAGE
2. Aura White Gluta Collagen 900,000 mg RM135+FREE POS+FREE GIFT
3. Bedak Arab Kokuryu Super Summer Cake RM55+FREE POS
4. TANAKA POWDER by NORA DANISH RM30 (40G)/RM45(110G)+FREE POS
5. BEDAK SYRIA RM55+FREE POS
6. SOLID FIBER RM55+FREE POSTAGE
7. MAIXARA RM90+FREE POSTAGE
BERMINAT PM/SMS/WHATSAPP/VIBER/CALL 0135727080. TQ


 SET COLLAGEN PLUS VIT.E RM50+FREE POSTAGE


 Aura White Gluta Collagen 900,000 mg RM135+FREE POSTAGE+FREE GIFT

 Bedak Arab Kokuryu Super Summer Cake RM55+FREE POSTAGE

 TANAKA POWDER by NORA DANISH RM30 (40G)/RM45(110G)+FREE POSTAGE

 SOLID FIBER RM55+FREE POSTAGE

 MAIXARA RM90+FREE POSTAGE
 
 BERMINAT PM/SMS/WHATSAPP/VIBER/CALL 0135727080. TQ




Bila aku berlagak Otai...




Memandangkan jadual waktu tidow yang agak terbalik dari kebiasaan beberapa hari nie..Orang tidor kol 12,aku bgun kol 12..12.00 am ok!!
So aku rajinkan diri menaip di blog aku yang berwajah baru ini...
ehekkk..baru kew??[perasan lebih]

ENTRI INI KHAS UNTUK NEW BLOGGER
cewahhh...macamlah ko otai sangat..ahahaaa....
well...
Sekadar nak share apa yang aku taw..

Sini aku nak ajar eh..bukan ajar jugaklah..nak beritahu..aaa...lebih sweet ayatnya sekadar nak BERITAHU tips ringkas untuk bina atau dalam bahasa Om putihnya CREATE blog..

First..
Bagi yang tak ada blog lagi..
1. Search "blog" @"Blogger" kat google

And then korang akan jumpa nie...



Lepas tue ikut jew tanda tue..
2. Pergi klik create free Blog.
kalau xda akaun google..createlah dulu orite..





Then dia akan keluar macam nie...
Ikut jew apa yang dia nak..




Then korang kena sign in balik tuk verify korang punya emel..


So lepas tue dia akan keluarlah korang punya DASHBOARD..


JUST FOLLOW WHAT I WRITE DOWN HERE OK!!!




UNTUK MENCANTIKKAN BLOG...BELAJAR ITU HARUS RIGHT ??
KALAU INGIN SUCCES,,JUST USAHA LEBIH SIKIT DARI ORG LAIN...
TIDAK MUSTAHIL BLOG KORANG AKAN JADI SIDE INCOME KORANG DI KEMUDIAN HARI...


INI ADALAH BLOG TERKENAL YANG MENYEDIAKAN PERKHIMATAN TUTORIAL UNTUK NEW BLOGGER...


LYSSA FAIZUREEN


AZHAFIZAH


HIDAYAH HAKIMI


MACAM MANA NAK BUBUH LAGU,NAK LETAK GAMBAR,NAK BUAT HEADER,CURSOR AND PELBAGAI LAGILAH..SEMUA ADA..YANG PENTING RAJIN...


SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN..

WA DAPAT BAUCAR 1MSIA...KAU HADA?????

Arinie wa dapat BAUCAR BUKU SATU MALAYSIA...

1 baucar bernilai RM50 hinggit taw...
Kerajaan bagi OK!!
Im repeat KERAJAN bagi....

Sem depan xlah terbeban sangat nak beli buku..
almaklum buku student universiti nie bukannya murah...
paling2 pun RM20 ke atas...




Jangan pulak silap guna,,kang malu sendiri...
Hanya untuk buku orite....
Bukan beg@kasut or whateverlah....
hanya BUKU..



maka dengan itu....
UNDILAH KERAJAAN MALAYSIA sekarang nie...
Berbanggalah dengan keamanan yang kita kecapi...

Berharganya Emas!!!

Hari tue...selepas lunch ngan member-member galaksi,,aku ternampak utusan kosmo,dari jauh nampak title
  "Lisa Surihani pilih Yusri KRU jadi bakal suami" 
nah...lantas tanpa buang masa aku gap satu..Lama jugak aku nantikan pengumuman tarikh nikah diaorang nie...welll....sweet sangat..suka aku,,x lah lagi pak we aku tergila-gila ngan Lisa tue lagi  ahahaaa...




Katanya bakal bernikah 23 febuari 2012..


ehhh...bukan ini sebenarnya yang aku nak cerita nie..aiyooo...lari dari tajuk pulak dah..
Dalam pada aku baca-baca cerita-cerita yang keluar kat kosmo ari tue,,aku terpikat ngan satu artikel "PESARA DISARAN BELI EMAS,ELAK WANG KWSP HABIS"
aaa...inilah yang aku nak kongsi ini..info-infi tentang Emas...


IM REPEAT..
INFO-INFO TENTANG EMAS..




1. Emas merupakan wang tanpa sempadan..wahh...dengar tue..tanpa sempadan ok!!
2. Emas tidak boleh dicipta..hurmm...bagaimana tue??
3. Kadar harga yang tinggi.
4. Aset yang mudah cair.
5. Emas tidak boleh dimanipulasikan.
6. Mudah dibahagi tanpa menjejaskan nilainya.
7. Nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang tapi harga emas mengekalkan kuasa beli di dalam jangka masa panjang.


8. Harga EMAS SENTIASA MENINGKAT OK!!






9. Boleh digunakan dimana-mana negara.Wang kertas mesti kena tukar kan???Dan nilainya berbeza every country...
10. Diiktiraf oleh seluruh dunia sebagai barangan yang palin berharga dan cantik..


So??
Apa tunggu lagi,,beli emas banyak-banyak..


TAPI 




Tak usah nak gayut kat badan satu kati..


Kang juling bijik mata jiran sebelah..




Dan yang penting jangan sampai kena kebas..
Beli bebanyak..simpan dalam bank..
SELAMAT..




Kami Dapat Nama!!!



Finally inilah titik permulaan mengorak langkah ke dalam keluarga besar Fakulti Sains Sukan UPSI..

Sekian lama mencari-cari..
Sekian lama ternganga-nganga..
Mengenalpasti dan mengeksploitasi..
akhirnya kami dapat nama!!
Nama yang akan dibawa sehingga ke akhirnya...

[Sedikit rugi bila saat indah mendapat nama itu tidak sempat dirakam lensa kamera akibat satu batch terlibat dengan gimik persembahan]

Apapun...inilah kami sekarang dan selamanya...

GALAXY...
We will inspired each other...

Itulah nama yang hampir mencetus spekulasi...
Apapun segala dugaan,khabar angin itu tidak pernah meruntuhkan batch kami untuk mempertahankan nama yang bukan sekadar gah pada nama tapi pada dasarnya juga!!

We are the champion!!!
Titik tolak dari kejayaan dalam sukan gimnasrada,,ketidaksenangan pada pihak yang tidak berpuas hati memang akan wujud...Welll....Loike....

Kami tetap seperti karang,,nampak lembut tapi bila disentuh tak kan pernah runtuh!!

lalalalalalaaaaaaa.....

GALAXY...
Galaxy...
Galaxy selamanyaaaaa the best!!!

Suka sangat nama tue...












SAYA RINDU!!!!

SAYA RINDU....
 I MISS MY LITTLE BROTHER...


 I MISS MY CRAZY LITTLE GIRL..


 ADIK SAYA SUDAH BESAR!!X NAK TIDOW DENGAN KAKAK-KAKAK LAGI UHUU!!

 MY GEDIKZ PARTNER!!
MISS U LIKE CRAZY...






SI HANTU CAMERA...

 I MISS MY GRANDPA...
MOGA CEPAT SEMBUH...
AND
JANGAN SAKIT LAGI
SIHAT-SIHAT SELALU CAYANGKU...
AMIN
MWUAHHH...LOVE U SO MUCH APEKKU~




KERINDUAN PADA DURIAN SIBU UHUUU...
NYUMMMMM....

I MISS MY MUM,DAD AND MR BUYUT...
I MISS OLS OF U...




REALLY MISS OLS OF U!!!
O ANGIN SAMPAIKAN SALAM BUAT MEREKA...
MWUAHHHH...


AKU RINDU

Kami Guru Satria!!!

Entri yang agak berkarat...
Rutin harian yang sangat kucar-kacir seminggu ini..
Minda tidak mampu fokus dengan banyak perkara..
Makanya tersimpullah...
AKU sangat PENAT!!

Kursus Pembangunan sahsiah guru superb besttt!!!
Semangat untuk menjadi guru yang baik itu semakin berkobar-kobar..
Layak kah saya???

Dalam masa 8 jam berkursus sangat-sangat berbaloi...
Dari seorang yang DOWN saya terus yakin bahawa segala-galanya boleh jika kita berusaha+berdoa!!

Kursus ini mempertemukan saya dengan geng-geng yang baru dikenali..
Gila-gila-sporting-bersemangat--itulah team member yang sukar dilupakan!!
2 jam pengembaraan bersama kalian memberi seribu erti buat saya...

Yang Indah!!!

Bertemu Juara Ustazah Pilihan..


Beberapa minit sebelum kejadian,,saya telah bertemu dengan beliau di Ladies Room..ingat student UPSI..patutlah cantik giler,senyum sentiasa..sori..saya betul2 ngak kenal sama mbak!


Terima kasih atas kesudian membantu kami..
lalalalalaaaaaa....

Black Eagle Juara!!!

Segala penat lelah seminggu ini diakhiri dengan satu kejayaan yang begitu besar...
Finally kamilah juaranya...kami JUARA GIMNASRASA UPSI 2011~
yuhuuuu!!!
Siang malam otak tidak henti bekerja...tidow2 pun bila pagi menjelma..Dengan tidak pernah ada masa yang lapang,,kejayaan inilah menoktahkan minggu ini dengan jayanya..


kamilah juaranya!!!
Tidak hanya ganas pada nama dan rupa di malam itu..
Tapi seganas eagle...kami memukau seluruh warga UPSI yang datang..


Black Eagle + Red Dragon Bersatu....



We are the BEST!!






..........PART TRAINING.............




OOO...Apa yang terjadi disitu...



Sesi ketua mengarak n mengomen...
Aku tetap sasaran no. 1 dia..
Miry..Jangan jadi mcam mak datin


Ayat yang memang superb membakar jiwa..



Ketua Kita..Acap still the best one!!



Persembahan Malam Kemuncak-->15/12/2011


Bilalah saya nak kawen???

Mengenangkan desas desus member-member nak kawen...rasa excited nak kawen pun datang jugak...gatal!!PANG ngan bapak baru taw...

Bila terkenang kawan-kawan jauh n dekat nak kawen,,aku pulak excited nak rancang pakai baju apa kat majlis diaorang nie..waahhh...plan awal2 gitu,,msti nak selalu nmpak woowww selalu,,bukan selalu pun aku datang kenduri kawen nie,,..msti lah nak nmpak LIP LAP sikit ahaaa....

Bila ditanya bila pula masanya aku???
hanya mampu tersenyum...belum tiba masanya lagi..tunggulah Prince Charming aku datang meminang..Tunggulah mak aku boleh tersenyum makan duit aku hasil titik peluh aku sendiri..

BUKAN APA...
Bila kawen awal nie bnyak bnda kena fikirkan,bukan baiknya sahaja tapi dari sudut tak baiknya jugak tapi andai  dah betul2 ready,,xda hal!!!
Kalau tak ready dari semua segi,,,better tangguhkan dulu...

Bayangkanlah....(aku bayangkan dari sudut pandangan seorang perempuan 2011)
Memandangkan nisbah kes-kes cerai sekarang nie dh hampir sama ngan nisbah orang kawen,,maka aku terpikir andailah bercerai nantinya selepas kawen...
Sapa senang???
Orang yang hanya bergantung dengan suami @ telah mempunyai pekerjaan sendiri???
Kalau suami yang sudi hulur nafkah or whatever bagus TAPI kalau suami yang tanggung hidup dia sendiri lagi tak mampu jangankan lagi tanggung hidup kita anak-beranak..
Pikir-pikirkanlah...
So dengan itu aku mengistiharkan...
Tarikh nikah aku kalau Tuhan mengizinkan...biarlah aku sudah tamat belajar + dapat kerja yang boleh menjamin masa depan aku sendiri...


Yang pasti N jelas wedding aku harus PURPLE
dari baju pengantin sampai air basuh tangan tetamu semua mesti complete purple...ahahahaaaaa......
Ko ingat ko artis erk???mengada-ngada,,kalau kawen ngan Datuk tak pe gak~
Whatever~


Baju Nikah ku...

@@@@@@@

Lawa kan purple??/
Dah aku bilang purple is the best one...

Langkah Penggunaan Duit yang bijak~





7 langkah mudah dalam menguruskan pengunaan wang anda dalam keadaan terbaik ketika berbelanja.

#1: Berbelanja Secara Tunai Sahaja! (Go Cash-Only)

Amalan yang terbaik ketika hendak berbelanja adalah dengan menjauhi kad kredit. Anda tidak akan terlebih berbelanja sekiranya anda tidak membawa bersama kad kredit semasa membeli-belah. Tinggalkan sahaja ia di rumah dan jangan sekali-kali membawanya bersama di dalam beg duit ataupun beg tangan. Jika ia bersama anda, kebarangkalian anda untuk swipe adalah tinggi! Faktor anda tidak nampak duit anda keluar ketika membayar inilah yang seringkali menyebabkan anda terlebih dalam berbelanja tanpa anda sedari.



#2: Tetapkan Matlamat Jangka Panjang! (Set Long-term Goals)
Jika anda inginkan kebebasan kewangan dalam jangka masa yang panjang, tetapkanlah satu matlamat di mana anda akan selalu diingatkan untuk tidak berbelanja sesuka hati demi mengejar impian tersebut. Sebagai contoh, anda ingin bebas kewangan dalam masa 5 tahun sahaja lagi, tuliskan matlamat tersebut di atas kertas dan tetapkan satu tarikh berserta jumlah simpanan yang anda inginkan. Letakkan matlamat tersebut di tempat yang anda mudah nampak seperti cermin, peti ais, meja pejabat dan sebagainya. Matlamat ini akan menjadi pengawal kepada tingkah laku anda untuk berbelanja. Baca matlamat ini setiap hari.




#3: Bezakan Antara Keperluan Dan Kehendak! (Distinguish Between Needs and Wants)

Adakah beg tangan atau kasut baru menjadi tarikan kepada anda semata-mata atau anda betul-betul memerlukannya? Sebelum anda membuat sebarang keputusan untuk memiliki beg tangan atau kasut baru tersebut, lebih baik anda berfikir seketika. Jika ia adalah keperluan dan berada dalam lingkungan bajet anda, teruskan untuk membuat pembelian. Jika ia hanyalah kehendak anda, fikirkanlah kesan selepas anda membuat pembeliannya. Adakah anda gembira jika dapat memilikinya ataupun anda sekadar ingin penuhkan wardrob. Atau adakah anda betul-betul mampu untuk memilikinya? Sekiranya masih ada lagi keperluan lain yang perlu dipenuhi, pertimbangkanlah untuk memiliki beg tangan ataupun kasut baru itu tadi. Perkara paling utama dalam berbelanja adalah anda perlu jujur kepada diri sendiri dan berani untuk mengatakan tidak kepada perkara-perkara yang tidak mendesak anda untuk memilikinya buat masa sekarang.


#4: Berbelanjalah Dengan Senarai Perkara Yang Diperlukan! (Shop with a List)

Perkara yang paling mudah dan selalunya diabaikan ketika ke luar berbelanja adalah dengan menulis senarai barangan yang diperlukan. Bila kita tidak mempunyai senarai barangan yang diperlukan, daripada ingin membeli satu barang sahaja maka tanpa disedari kita sudah terlebih berbelanja. Mula-mula nak beli lampin anak, jalan selangkah ada tawaran syampu, promosi kopi, tudung murah dan sebagainya. Akhirnya daripada membeli lampin sahaja, beg plastik yang ringan menjadi berat. Tetapkan apa barangan yang perlu dibeli sahaja, jika anda tergoda untuk membeli selain daripada senarai, masukkan barangan tersebut dalam senarai pembelian yang akan datang.



#5: Berikan Peruntukan Untuk Diri Anda Sendiri! (Give Yourself an Allowance)

Memang tidak dapat dinafikan sama sekali sifat setiap individu inginkan sesuatu yang baru selepas penat lelah bekerja selama sebulan. Lihat kembali kepada bajet anda, fikirkanlah berapa banyakkah yang mampu anda gunakan untuk tujuan tersebut. Sebagai contoh anda peruntukkan sebanyak RM200 sebulan untuk membeli baju atau menonton wayang dan sebagainya. Berbelanjalah dalam tempoh sebulan tersebut dengan peruntukan tadi. Bilamana peruntukkan tersebut habis, berhentilah berbelanja! Tiada pengecualian dalam kes ini. Anda tidak dibenarkan sama sekali untuk berbelanja lebih daripada yang diperuntukkan.


#6: Carilah Teman Untuk Keluar Berbelanja! (Find a Shopping Buddy)

Jika anda seorang yang cepat dan mudah tertawan dengan promosi daripada jurujual, anda dinasihatkan untuk mencari seorang teman samada daripada rakan-rakan ataupun keluarga yang mampu untuk berkata tidak kepada sebarang tawaran yang di luar kawalan anda. Anda hanya dibolehkan ke luar berbelanja dengan syarat membawa mereka bersama, jika tidak jangan sekali-kali memberanikan diri keluar keseorangan, bimbang anda akan terjebak dengan kes terlebih berbelanja.


#7: Meninjau Terlebih Dahulu Pilihan Anda! (Survey Your Selections)

Perkara yang terbaik sebelum anda membuat senarai barangan untuk berbelanja adalah dengan meninjau terlebih dahulu harganya. Dengan adanya teknologi internet, anda bolehlah menyemak senarai harga di laman web yang berkenaan dan membuat perbandingan harga. Buat ulangkaji harga terlebih dahulu sehingga anda betul-betul yakin dan mendapat harga yang terbaik.


Isu Gambar Intim Khairul Fahmi Che Mat dengan Shida


Cerita utama harian metro hari ini kisah penjaga gol msia kesayangan daku...of coz kesayangan seluruh rakyat Malaysia jugak...nak jugak aku mengulas mengenai isu nie...aku memang ada tengok jugak gambar Apek nie yang sememangnya dikategorikan sebagai panazzz gitu!!
Kalau korang tak tengok lagi...mai-maiii KLIK SINI
Nie salah SATU dari gambar2 terbabit~
Wowwwwwww....panazzz bukan???Nilailah sendiri ya sahabat2 sekalian..
Menurut harian Metro hari nie,,Shida nie dha tunang pun..2 minggu lagi nak nikah..ermmm...macam mana tue??
Sebelum tue wujud pulak cerita apek nie minuk arak di party hari jadi gilfren dia si Dahlia Teck..bagi yang tak taw lagi tentang cerita nie mehh usha2 SINI

Di sebalik gambar2 terbabit wujud pulak isu penyiaran gambar tersebut..adoohhh...apek2..

Memandangkan aku sememangnya peminat setia jugak dengan si Apek nie...aku harap yang isu2 begini tak mengugat prestasi beliau.Part nie yang aku memang respect jugak dengan Si Apek nie..Walaupun wujud pelbagai kontroversi,,Apek tetap penjaga gol terbaik Malaysia..Buktinya sudah nyata,semua orang sedia maklum tentang ini..

Memetik pulak kenyataan dalam metro "Apek pernah terfikir bersara awal kerna tidak tahan dengan kontroversi luar padang"
...ooooo tidak!!Bagi aku Apek sememang tunggak Harimau Muda.Aku tak rasa penjaga gol lain yang boleh jadi sehebat Si Apek..Memandangkan beliau masih muda dan mempunyai harapan cerah untuk melakar nama di arena bola sepak negara..Harapan daku agar Apek mampu untuk menangani segala permasalahan peribadi beliau dengan baik..

Salinglah beringat : Sebagai seorang perempuan..pandai2lah jaga diri..Penampilan diri cermin peribadi~





Diamlah ko!!!



wahhh...tajuk...bukan main,,nak mengalahkan cik epal kew???anak gemilang kew...oooo..tidak ,,tapi merekalah sumber inspirasi~~


Diam..
Apa wajarnya diam bila emosi berada dalam keadaan tidak stabil???
Bagi sayalah...andai saya memperlihatkan sifat-sifat diam nie :

SATU
-Yes, saya bermasalah..ya mungkin dengan perasaan saya sendiri..dengan orang2 sekeliling atau persekitaran..

DUA
Mak marah saya..Yang nie payah sikit..yang nie diamnya bercampur rasa bersalahlah sangat..
Maaf ma...i love u 4ever...mwuaaaahhhhxxx mama cayang!!!


TIGA
Saya mengalami masalah dengan my boyfren tapi biasanya kalau saya diam sebab yang kedua nie,,biasanya mengambil masa yang tak lama,,kejap jew sebab si Abe sayang nie mesti on the spot cuba memulihkan keadaan,,so masa saya merajuk2 nie sesaat cumalah..
EMPAT

-BILA SAYA MEMPERTIMBANGKAN KATA-KATA INSAN LAIN...kiranya diam saya berusaha untuk berpikir logiknya kewujudan kata-kata sebegitu,salah silap dan betulnya saya sampai ada orang berkata-kata begitu..TAPI tidak semua saya pertimbangkan..
Kalau orang tanya;
U nak makan tak??
nie no diamlah...yezzz...i do!

BUT contohnyalah;;


Orang kata ;

u nie macam siallah....
Arggghhhhhh....Yang nie saya PERTIMBANGKAN!!!!INGAT,,,SAYA PERTIMBANGKAN...
baik buruknya perkataan itu..asalnya dari mana,,definisinya apa..saya kena selidik juga..itu mungkin memerlukan diam yang agak lama...
tapi saya tak berdendam orangnya...
Emak saya tak ajar untuk berdendam...
tapi sifat atau riak wajah berterus terang nie memang wujud sejak azali lagi kot..
MEMANG SUSAH SIKITLAH NAK COVER2..
once saya tak suka...saya tunjukkan tapi serius tidak berpanjangan!!
Once saya suka...i will show it too..
Tak sukalah hipokrit2 nie...

TAPI 
Tidak semua orang mengerti dan memahami erti di sebalik diam tue...Yang MU tak cakap manalah orang tahu kan????berbalik kepada istilah diam tadi,,dah saya diam macam mana saya nak cakap...Maka disitu pemahaman Non-verbal communication penting sangat..Tapi bila keadaan emosi saya kembali ke tahap normal++stabil,, saya serius akan balik kepada keadaan asal..itu saya..pelik???yaaaa....itulah saya bukan AWAK yew...

DAN
Bila diam saya lama itu mengundang ketidakpuasan OR kekeliruan di minda orang lain...saya tidak bermasalah kalau saya ditanya kena[pa???saya akan terangkan seperti mana yang saya katakan..Im in problem,,let me alone or whateverlah...

Kadangkala manusia yang terlebih emosi macam saya nie susah sikit taw,,sikit2 nak touching..jentik sikit dah nangis..apa cer???kata nak jadi coach...kena pijak ngan atletlah jawabnya...So disitulah DIAM nie wujud dengan pertimbangan yang wajar..

Dengan ini saya dengan seluruh jiwa raga saya mohon maaf andai kediaman saya ini mengudang tragis,,memberi tempias, menjalit kari maggi kew di baju korang,,Saya mintak maaf..Saya berkawan dengan semua orang..Saya tidak mencari kawan baik tetapi cukuplah saya berbaik dengan semua orang!!!!
[Saya tidak jadikan ayat ini hitam kerna saya tidak inginkan yang hitam terjadi lagi..saya jadikan kuning kerna kuning itu indah seumpama mentari yang bakal memberikan harapan baru di hari esoknya]


So kesimpualannya DIAM SAYA ITU maknaya saya saya ingin dibiarkan dalam ketenangan dalam membendung masalah saya sendiri...

Karangan saya dah melampau nie...dah dah erk...nak out dulu,,kang ada yang bertimbun-timbun pulak tisunya menangis baca ayat saya ahahahaaaa....Kedebokkk penampal!!!perasaaan btullah aku nie~ngeee

Si dia says ;
Thanks Lalinks sayang~

Thanks u ols..pengalaman itu mematangkan--mwuahhhxxx